ubi keledek

Ubi keledek karamel atau nama sebenar Goguma Mattang adalah snek Korea yang menggunakan ubi keledek manis. Hidangan ini terasa sangat manis dengan rasa karamel, kerana ubi keledek digoreng dalam sirap gula dan madu.

Tekstur Goguma Mattang ini juga menarik dengan luarannya yang rangup dan dalamannya yang lembut. Permukaan ubi keledek menjadi crispy kerana gula yang mengeras, manakala bahagian dalamnya kekal lembut dan kenyal.

Jika ada yang ingin mencuba, boleh lihat resipi penuh seperti yang dikongsikan di bawah. Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Buat Getuk Ubi Kayu ‘Crispy’, Ini Petua Elak Ubi Melekat & Meletup

RESEPI UBI KELEDEK KARAMEL

Bahan-bahan:

  • 600 gram keledek, dikupas dan dipotong
  • Minyak masak secukupnya

Bahan karamel:

  • 4 sudu besar gula
  • 4 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecil bijan hitam (pilihan)

Cara membuat:

  1. Pastikan minyak panas, goreng ubi dengan api sederhana hingga masak kemudian angkat.
  2. Sementara menunggu keledek, tuangkan gula dan minyak ke dalam kuali non-stick. Api perlahan, masak sehingga gula cair dan karamel. Anda boleh goncangkan kuali untuk membantu mengagihkan & mencairkan, tetapi jangan kacau sama sekali. Bila gula dah cair, tutup api.
  3. Panaskan minyak, goreng sekali lagi ubi dengan api besar sebentar hingga bahagian luar mula kering dan garing kemudian angkat dari api.
  4. Jika karamel mengeras, panaskan dan goncang lagi sebentar sehingga cair. Masukkan keledek dan bijan hitam kemudian kacau hingga sekata karamel. Tutup api.
  5. Tuangkan ubi ke atas kertas pembakar dan asingkan setiap bahagian supaya tidak melekat.
  6. Tunggu sehingga suhu bilik kemudian hidangkan.
  7. Selamat mencuba!

Video penuh:

@cheekykiddo

mattang 🍠🍯 #alexcooks apa yah indonya… ubi karamel? ubi gula garing? yah itulah pokoknya WKWKW kl inggrisnya candied sweet potatoes. pas dulu gue SMA di kantin ada yg jual makanan korea. gue kl beli paketan makan disana pasti selalu dikasih ini. lembut2 manis gituu terus pas kuliah nonton bangtan eh ada si ubi lagi wkwkkw. jujur ganyangka ternyata bikinnya sesimpel ini 😭 tau gitu bikin dari dulu huhu Bahan: 600 gr ubi, kupas lalu potong minyak goreng secukupnya Karamel: 4 sdm gula 4 sdm minyak goreng 1 sdt wijen hitam (opsional) Cara membuat: 1. Pastikan minyak sudah panas, goreng ubi di api sedang hingga matang lalu angkat. 2. Sambil menunggu ubi, tuang gula dan minyak ke pan antilengket. Api kecil, masak hingga gula meleleh dan menjadi karamel. Pan boleh digoyang-goyangkan untuk bantu meratakan & melelehkan, tapi JANGAN diaduk sama sekali. Jika gula sudah meleleh matikan api. 3. Panaskan minyak, goreng lagi ubi dengan api besar sebentar saja cukup hingga bagian luar mulai kering dan garing lalu angkat. 4. Jika karamel mengeras, panaskan dan goyangkan lagi sebentar hingga meleleh. Masukkan ubi dan wijen hitam lalu aduk hingga karamel merata. Matikan api. 5. Tuang ubi ke atas baking paper dan pisahkan tiap potongan agar tidak menempel. Tunggu hingga suhu ruangan lalu sajikan.

♬ Run BTS – BTS

Kredit: TikTok cheekykiddo

Baca juga: Resipi Sira Ubi Kayu, Kuah Kena Pekat Melikat Barulah Lagi Nikmat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN