sambal tempoyak udang petai

Penggemar sambal tempoyak munculkan diri anda! Pelbagai menu boleh dibuat dengan menggunakan tempoyak. Salah satu menu yang paling digemari ramai iaitu resipi sambal tempoyak udang petai. 

Makan dengan nasi panas memang tak toleh kiri kanan dah. Satu lauk ini pun sudah cukup untuk menaikkan selera.

Kalau ada yang mahu mencuba, boleh ikuti langkah demi langkah cara membuat sambal tempoyak udang petai hasil perkongsian oleh Azlina Ina di bawah. \

Cara Buat Sambal Tempoyak Udang Petai

Bahan-bahan:

  • 10 ekor udang
  • 4-5 sudu besar tempoyak
  • Cili padi (kuantiti mengikut tahap kepedasan yang diingini)
  • Ikan bilis halus (wajib ada supaya sambal lebih berlemak)
  • 2-3 batang serai yang dititik
  • 3-4 sudu besar gula.

Cara-cara:

  1. Tumbuk cili bersama ikan bilis.
  2. Apabila sudah lumat, tumiskan bahan tumbuk tadi bersama serai dengan minyak sederhana sehingga agak garing.
  3. Masukkan pula tempoyak dan gula. (jika tempoyak manis, kurangkan gula)
  4. Masukkan 1/4 air ke dalam lesung sisa cili dan ikan bilis tadi. Kalau suka berkuah, lebihkan air. Kemudian masukkan ke dalam bahan tumis tadi.
  5. Biarkan sehingga mendidih dan naik minyak.
  6. Kemudian masukkan udang sehingga bertukar warna merah. Letakkan garam dan perasa.
  7. Akhir sekali masukkan petai. resipi sambal tempoyak udang
  8. Kalau suka berkuah, letakkan lagi sedikit air.
  9. Sedia untuk dihidang, selamat mencuba!resipi sambal tempoyak udang

Kredit gambar & resipi: Azlina Ina

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN