Categories: Resipi

Tak Perlu Goreng! Ini Cara Buat Sambal Rebus Versi Sihat Yang Tetap Sedap

Resipi sambal rebus ini sesuai untuk mereka yang sedang menjaga pemakanan, sama ada untuk menurunkan berat badan atau mengamalkan diet sihat.

Kebiasaannya, bahan-bahan sambal digoreng dahulu sebelum dikisar. Berbeza dengan resipi ini, sambal direbus terlebih dahulu sebelum dikisar.

Walau begitu, rasanya tetap sedap dan nikmat apabila dimakan bersama nasi panas serta pelbagai lauk-pauk.

Baca juga: Resipi Sambal Jantan Ini Simple Tapi Rasa ‘Berhantu’, Sesuai Makan Dengan Semua Jenis Lauk!

RESIPI SAMBAL REBUS MUDAH DAN SEDAP

Bahan-bahan:

  • 4 biji cili merah besar
  • 4 biji cili api
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato
  • Garam atau serbuk perasa secukup rasa

Cara-cara penyediaan:

  1. Rebus semua bahan kecuali garam sehingga cili dan tomato bertukar menjadi agak layu.
  2. Kemudian, toskan dan kisar bahan-bahan tersebut. Tidak perlu kisar sampai terlalu halus, ada sedikit tekstur kasar baru lagi sedap.
  3. Masukkan garam atau serbuk perasa secukup rasa dan kacau rata semua bahan.
  4. Untuk lebih wangi, boleh curahkan 3–4 sudu besar minyak panas ke atas sambal sebelum dihidangkan.
  5. Sambal rebus ini cukup ringkas tetapi tetap sedap. Hidangkan bersama ikan goreng atau ayam goreng panas-panas, confirm nasi bertambah!

Sumber resipi dan gambar: Ana Suzana

Baca juga: Resipi Sambal Kicap Pekat Yang Mak-Mak Pasti Suka, Guna 3 Bahan Saja Pun Menjadi

Wan N

Recent Posts

Peria Tumis Telur Rendah Kalori, Ikut Petua Ini Supaya Hilang Pahit & Lebih Menyelerakan!

Resipi peria tumis telur ini sesuai dijadikan pilihan lauk untuk mereka yang sedang menjaga pemakanan.…

39 minutes ago

Cara Pilih Kelapa Muda Yang Ada Isi Tebal, Tengok Bahagian Tangkai Pun Boleh Tahu!

Pernah tak beli kelapa muda dengan harapan isinya tebal, tetapi apabila dibelah, rupa-rupanya isi masih…

58 minutes ago

Siput Sedut Masak Lemak Pucuk Paku, Kuah Santan Pedas Berlemak Memang Padu!

Kalau sebut sahaja masak lemak, pasti ramai yang terbayangkan kuah santan pekat dengan rasa pedas…

1 hour ago

Tak Perlu Telur, Ini Resipi Cekodok Kosong Yang Rangup Dan Lembut Sampai Habis Dimakan!

Cekodok kosong rangup antara hidangan ringkas yang sesuai dijadikan sarapan pagi atau minum petang. Walaupun…

1 hour ago

Cara Buat Cek Mek Molek Kuih Tradisional Pantai Timur, Lembut Di Dalam Dengan Inti Gula Cair!

Cek mek molek kuih tradisional yang cukup dikenali di Pantai Timur, khususnya Kelantan dan Terengganu.…

3 hours ago

Lebihan Nasi Lemak Jangan Dibuang, Wanita Ini Kongsi Idea Buat Nasi Lemak Goreng!

Ada lebihan nasi lemak selepas bersarapan tetapi tidak tahu hendak buat apa? Daripada membiarkannya begitu…

4 hours ago