gulai lemak ikan

Sedang mencari idea untuk hidangan tengah hari yang ringkas tetapi menyelerakan? Resepi gulai lemak ikan cili api dengan kacang bendi ini patut anda cuba!

Hanya menggunakan bahan asas yang mudah didapati. Hidangan ini bukan sahaja cepat disediakan, malah rasanya cukup memikat dan sesuai untuk seisi keluarga.

Baca juga: Cara Buat Sambal Totok Ikan Bilis, Punyalah Sedap Sampai Tak Toleh Kiri Kanan Dah!

RESEPI GULAI LEMAK IKAN CILI PADI DENGAN KACANG BENDI

gulai lemak ikan

Bahan-bahan:

  • Ikan (apa-apa jenis ikan pun boleh)
  • Santan kotak
  • Kacang bendi
  • 1 batang serai (dititik)
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 1 keping asam keping
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

Bahan bahan kisar:

  • 10 tangkai cili padi
  • 4 ulas bawang merah
  • 1 inci kunyit hidup

Cara-cara:

  1. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali dan masak sehingga airnya hampir kering dan bahan masak sempurna.
  2. Tambahkan santan dan sedikit air mengikut kepekatan kuah yang diinginkan. Masukkan serai dan kacau sentiasa sehingga kuah mendidih.
  3. Masukkan ikan bersama garam, gula dan asam keping. Biarkan sehingga ikan masak.
  4. Akhir sekali, masukkan kacang bendi dan kacau seketika.
  5. Setelah semuanya masak, tutup api dan gulai lemak sedia untuk dihidangkan.

Sumber resipi dan gambar: Khalif Khlif

Baca juga: Resipi Pecel Ikan Pari, Lauk Berkuah Lemak Pedas Ini Memang Terangkat Lazatnya!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN