Categories: Resipi

Kek Red Velvet Cheese Leleh Paling Lembut, Berkrim Sampai Tak Sabar Nak Suap

Kek Red Velvet Cheese Leleh antara kek yang paling cepat buat orang jatuh cinta. Teksturnya lembut dan moist, bila dipotong pula topping cheese yang creamy akan mengalir perlahan-lahan, memang buat tak sabar nak suap lagi dan lagi.

Resipi Kek Red Velvet Cheese Leleh perkongsian Nor Al Fatihah Tihah ini sudah dicuba ramai dan menjadi kegemaran kerana rasanya seimbang, tak muak dan sangat sesuai dimakan sejuk. Sama ada untuk hidangan keluarga atau idea jualan, kek ini memang berbaloi untuk dicuba.

Baca juga: Cara Buat Kek Coklat Moist ‘Leleh’ Guna Blender, Tak Perlu Mixer & Mesti Jadi!

RESIPI KEK RED VELVET CHEESE LELEH

Bahan-bahan buttermilk:

  • 1 cawan susu cair full krim
  • 1 sudu besar cuka

Bahan-bahan kek:

  • 1 cawan gula kastor
  • 1 sudu besar ovalette
  • 3 biji telur gred B
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 cawan minyak masak / minyak jagung
  • ½ cawan susu pekat manis
  • 1 sudu teh red velvet emulco
  • 1 sudu teh pewarna merah

Bahan-bahan ayak bersama (*):

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • ½ sudu teh garam halus
  • 1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan-bahan cheese leleh:

  • 250 gram cream cheese
  • 1 cawan dairy whipping cream
  • ½ cawan susu pekat manis
  • ⅓ cawan susu full cream
  • 1 cawan cheddar cheese parut (untuk hiasan)

Cara-cara penyediaan:

1. Campurkan cuka ke dalam susu cair tanpa dikacau. Biarkan selama ±10 minit sehingga susu sedikit berketul (buttermilk).

2. Ayakkan semua bahan bertanda (*) dan ketepikan.

3. Pukul telur, gula kastor, ovalette dan esen vanila hingga adunan kembang, pekat dan pucat.

4. Masukkan susu pekat manis dan minyak, pukul hingga sebati.

5. Masukkan red velvet emulco dan pewarna merah. Pukul sekadar sebati sahaja.

6. Tuangkan buttermilk dan pukul perlahan hingga rata.

7. Masukkan bahan ayak, gaul atau pukul perlahan hingga sebati. Jangan overmix.

8. Tuang adunan ke dalam loyang atau bekas bersesuaian.

9. Kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan selama 15–20 minit dengan api besar.

10. Cucuk dengan lidi, jika keluar bersih kek telah masak. Sejukkan sepenuhnya sebelum letak topping.

Cara-cara penyediaan topping cheese leleh:

1. Pukul cream cheese bersama susu pekat manis hingga lembut dan berkrim.

2. Masukkan whipping cream dan susu full cream, pukul hingga sebati.

3. Simpan dalam peti ais selama 1 jam supaya cheese lebih pekat (boleh juga terus digunakan).

Cara-cara menghias:

1. Tuangkan topping cheese leleh di atas kek yang telah sejuk.

2. Taburkan serdak kek di atas permukaan cheese.

3. Akhir sekali, taburkan cheddar cheese parut.

4. Simpan dalam peti ais sebelum dihidangkan untuk rasa lebih sedap.

Tip supaya kek red velvet cheese leleh jadi lebih sedap:

  • Kek ini paling sedap dimakan dalam keadaan sejuk kerana cheese jadi lebih pekat dan creamy
  • Jangan overmix adunan supaya kek kekal moist
  • Gunakan loyang kecil untuk hasil kek lebih tebal dan cantik
  • Sesuai dijadikan kek jualan kerana teksturnya stabil dan tak mudah rosak

Jika anda sedang mencari resipi Kek Red Velvet Cheese Leleh yang lembut, moist dan topping cheese betul-betul meleleh, resipi ini memang wajib cuba. Sekali rasa, memang susah nak berhenti.

Selamat mencuba!

Sumber: Nor Al Fatihah Tihah

Baca juga: Kek Pandan Cheese Leleh Kukus Versi Mesra Bajet, Wangi Sampai Jiran Ketuk Pintu Nak Resipi!

Aimi

Recent Posts

Resipi Nasi Goreng Garlic, 10 Minit Siap! Tak Perlu Banyak Bahan Tapi Sedapnya Lain Macam

Resipi nasi goreng garlic sesuai untuk hari yang sibuk apabila perut sudah lapar tetapi tidak…

2 days ago

3 Tahun Berhenti Gula, Lelaki Ini Kongsi Teknik ‘Cold Turkey’ Sampai Tak Suka Air Manis Lagi

Cara berhenti gula bukan sesuatu yang mudah, terutama bagi mereka yang sudah biasa mengambil minuman…

2 days ago

Sotong Kacang Buncis, Lauk Kampung Yang Ringkas Tapi Cukup Membuka Selera

Sotong kacang buncis merupakan antara lauk mudah yang sesuai disediakan untuk menu makan tengah hari…

2 days ago

Cara Buat Roti Loaf Putih, Uli Pakai Tangan Pun Tetap Jadi Lembut & Gebu

Kalau suka makan roti yang lembut dan gebu, jom cuba resipi roti loaf putih ini…

2 days ago

Resipi Bengkang Tepung Beras Gula Merah, Bakar Sampai Permukaan ‘Hangit’ Baru Lagi Sedap

Kalau teringin bengkang tepung beras gula merah, boleh cuba resipi ini. Bahan-bahannya pun mudah disediakan…

2 days ago

Cara Masak Gulai Kambing Kuah Pekat, Rempah Wangi Meresap Sampai Ke Daging!

Cara masak gulai kambing ini menghasilkan kuah yang pekat, berlemak, dan kaya rasa. Daging kambing…

2 days ago