resipi sambal kicap

Resipi sambal kicap ini boleh dikatakan paling sempoi dan mudah untuk dibuat. Hanya perlu guna tiga bahan mudah sahaja, tapi hasilnya tetap pekat, wangi dan sedap.

Rasa pedas manisnya yang seimbang membuatkan sambal ini menjadi kegemaran satu keluarga. Tak perlu susah payah, hanya perlu kisar semua bahan dan sambal pekat sudah sedia untuk dinikmati.

Resipi ini sesuai juga untuk mereka yang sibuk atau baru mula belajar memasak, kerana cara penyediaannya sangat mudah dan cepat tetapi rasanya tetap sedap.

Baca juga: Resipi Tempe Goreng Berempah Dengan Bawang Rangup, Cicah Sambal Kicap Lagi Lengkap!

RESIPI SAMBAL KICAP GUNA 3 BAHAN

resipi sambal kicap

Bahan-bahan:

  • Segenggam cili padi merah
  • 3 sudu besar bawang goreng (guna yang siap beli)
  • Kicap manis (anggaran separuh daripada kuantiti cili dalam blender)

Cara-cara:

  1. Sediakan semua bahan yang diperlukan.
  2. Masukkan cili padi, bawang goreng dan kicap ke dalam pengisar. Kisar semua bahan sehingga sebati dan menjadi sambal pekat.
  3. Jika suka sambal lebih kasar teksturnya, boleh kisar sedikit sahaja atau gunakan pengisar tangan.
  4. Sambal ini sedap dimakan bersama nasi putih, bihun sup atau lauk kegemaran lain.
  5. Untuk penyimpanan, boleh simpan dalam peti sejuk sehingga seminggu supaya lebih tahan lama.

Sumber resipi dan gambar: Yusma Mustafa

Baca juga: Resipi Sambal Hijau Ini Memang Padu & Buat Ketagih, Pedas Pun Sedang Elok!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN