
Resipi sambal rebus ini sesuai untuk mereka yang sedang menjaga pemakanan, sama ada untuk menurunkan berat badan atau mengamalkan diet sihat.
Kebiasaannya, bahan-bahan sambal digoreng dahulu sebelum dikisar. Berbeza dengan resipi ini, sambal direbus terlebih dahulu sebelum dikisar.
Walau begitu, rasanya tetap sedap dan nikmat apabila dimakan bersama nasi panas serta pelbagai lauk-pauk.
Baca juga: Resipi Sambal Jantan Ini Simple Tapi Rasa ‘Berhantu’, Sesuai Makan Dengan Semua Jenis Lauk!
RESIPI SAMBAL REBUS MUDAH DAN SEDAP

Bahan-bahan:
- 4 biji cili merah besar
- 4 biji cili api
- 4 ulas bawang putih
- 1 biji tomato
- Garam atau serbuk perasa secukup rasa
Cara-cara penyediaan:
- Rebus semua bahan kecuali garam sehingga cili dan tomato bertukar menjadi agak layu.
- Kemudian, toskan dan kisar bahan-bahan tersebut. Tidak perlu kisar sampai terlalu halus, ada sedikit tekstur kasar baru lagi sedap.
- Masukkan garam atau serbuk perasa secukup rasa dan kacau rata semua bahan.
- Untuk lebih wangi, boleh curahkan 3–4 sudu besar minyak panas ke atas sambal sebelum dihidangkan.
- Sambal rebus ini cukup ringkas tetapi tetap sedap. Hidangkan bersama ikan goreng atau ayam goreng panas-panas, confirm nasi bertambah!
Sumber resipi dan gambar: Ana Suzana
Baca juga: Resipi Sambal Kicap Pekat Yang Mak-Mak Pasti Suka, Guna 3 Bahan Saja Pun Menjadi
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














