sambal jantan

Sambal jantan adalah sambal tradisional yang terkenal dengan rasa pedas, masam dan sedikit manis. Sambal ini sangat sesuai untuk menambah selera makan, sama ada dimakan bersama nasi putih, lauk goreng atau sebagai pencicah ulam-ulaman.

Resipi sambal ini juga mudah diikuti, menggunakan bahan-bahan ringkas yang biasanya sudah ada di dapur. Dengan langkah penyediaan yang lengkap, sesiapa pun boleh menyediakan sambal ini di rumah dan sesuaikan rasanya mengikut cita rasa sendiri.

Baca juga: Cara Mudah Buat Sambal Totok Ikan Bilis, Sekali Cuba Confirm Terus Ketagih!

RESEPI SAMBAL JANTAN

sambal jantan

Bahan-bahan:

  • Bawang holland atau bawang putih, dibakar
  • Cili api
  • Cili besar
  • Tomato
  • Belacan sepotong
  • Pes asam jawa 1 sudu besar
  • Cuka 2 sudu
  • Gula 3 sudu
  • Garam 2 sudu
  • Asam limau kasturi 2 biji (masukkan kulit dan buang biji)

Cara-cara penyediaan:

  1. Mula-mula, campurkan bawang, cili, tomato dan belacan dalam bekas atau terus dalam blender.
  2. Masukkan pes asam jawa, gula, garam dan cuka untuk menambah rasa masam, manis dan sedikit pedas.
  3. Tambahkan asam limau kasturi, termasuk kulitnya supaya aroma dan rasa lebih segar.
  4. Kisar semua bahan hingga sebati dan halus, ikut tekstur yang diingini sama ada kasar sedikit atau sangat halus.
  5. Rasa sambal, kemudian sesuaikan mengikut cita rasa sendiri.
  6. Jika perlu, boleh tambah sedikit garam, gula atau perahan limau lagi untuk mencapai rasa yang paling padu.

Sumber: RosZa MN

Baca juga: Resipi Sambal Kicap Pekat Yang Mak-Mak Pasti Suka, Guna 3 Bahan Saja Pun Menjadi

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN