sambal ayam penyet

Seminggu sekali wajib makan nasi ayam penyet. Sambal dia memang bikin orang teringat-ingat. Cikgu Afy AL Habibi ada berkongsikan resipi sambal ayam penyet yang menjadi kegilaan ramai.

Menurutnya, resipi yang pernah dibuat jualan itu telah mendapat sambutan yang hangat kerana rasanya yang sempurna dengan rasa pedas sederhana, manis, masin dan masam yang sebati.

Kalau ada yang nak cuba, ikut saja resipi lengkap di bawah tanpa tinggal satu bahan rahsia pun. Memang pasti menjadi!

CARA BUAT SAMBAL AYAM PENYET BERHANTU

Sediakan bahan berikut untuk digoreng seketika:

  • 20 batang cili merah
  • Segenggam cili padi merah + hijau (atau kurangkan kuantiti untuk sedikit rasa pedas)
  • 1/4 bawang holland
  • 2 biji bawang merah saiz bola pingpong
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 biji tomato kecil
  • Semangkuk kecil ikan bilis
  • 1 sudu kecil udang kering
  • Secubit belacan

Cara penyediannya:

1. Untuk cara goreng, goreng asing cili dan bahan lain.

sambal ayam penyet

2. Semua bahan yang sudah siap digoreng disejukkan seketika lalu dimasukkan ke dalam tabung pengisar. Tambah sedikit air untuk melumatkan bahan.

*simpan segenggam ikan bilis untuk ditabur dalam sambal selepas ini*

sambal ayam penyet

3. Panaskan minyak gorengan tadi. Masukkan bahan kisar. Kacau sesekali.

4. Masukkan baki ikan bilis tadi. Biarkan sambal masak dalam api perlahan.

5. Perasakan bahan dengan gula perang dan garam bukit secukup rasa. Tambah secubit dua perencah Hilal.

6. Keluarkan sedikit minyak sambal yang telah pecah minyak.

sambal ayam penyet

7. Tutup api selepas semua rasa bersatu.

sambal ayam penyet

8. Siap sepinggan Nasi Ayam Penyet dengan sambal ngosek.

sambal ayam penyet

9. Dihidangkan bersama isi ayam yang sedap.

Kredit: Afy AL Habibi

Baca juga: Tips Masak Sambal Nasi Lemak Supaya Tak Terpecik Satu Dapur, Rasa Pun Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN