aiskrim malaysia cheese

Jom cuba resepi aiskrim Malaysia cheese ini! Sedap dan berbeza dari aiskrim lain yang kita biasa makan.

Biasanya kita selalu makan perisa asam boi, perisa coklat, perisa bandung dan lain-lain.

Kali ini kita cuba versi ‘filling cream cheese’ pula. Kalau dah pandai buat, boleh buat untuk niaga!

Baca juga: Aiskrim Vanilla Homemade Ala Sundae McD, Guna 3 BAHAN Ikut Resipi Ini

RESIPI AISKRIM MALAYSIA CHEESE

aiskrim malaysia cheese

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 tin susu cair
  • 2 tin susu pekat
  • 10 tin air masak
  • Sedikit garam dan gula
  • Emulco (apa jenis perisa yang korang suka, contohnya emulco pandan untuk aiskrim pandan cheese)
  • 500 gram cream cheese (recommended brand Tatura)
  • 2 sudu susu pekat
  • Piping bag
  • Plastik untuk aiskrim

Cara-caranya:

1. Masak 10 tin air masak bersama 2 tin susu pekat dan 2 tin susu pekat dan 2 tin susu cair. Kacau sehingga sebati.

2. Kemudian letakkan sedikit garam dan gula untuk dapatkan rasa yang lemak manis. Masak sehingga mendidih.

3. Kemudian asingkan bancuhan susu untuk diletakkan emulco/perisa yang disukai. Boleh asingkan mengikut jumlah perisa yang ingin dibuat.

4. Sementara tunggu bancuhan susu tadi sejuk, boleh lah sediakan bancuhan cream cheese.

5. Satukan 500 gram cream cheese bersama 2 sudu susu pekat dan putar atau kacau sehingga kembang. Bila dah siap, masukkan cream cheese dalam piping bag, picit masuk ke dalam plastik aiskrim.

6. Jangan lupa ratakan cream cheese cantik-cantik dalam plastik itu.

7. Bila susu dah sejuk, boleh mula memintal.

8. Anggaran aiskrim yang boleh didapati adalah sebanyak 50 hingga 60 batang mengikut saiz plastik yang digunakan. Selamat mencuba!

aiskrim malaysia cheese

Kredit: Nurul Zainuddin

Baca juga: 4 Resipi Aiskrim Malaysia Alaf Baru Yang Korang Boleh Cuba, Anak-anak Mesti Suka!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN