bubur ayam chinese style

Ibu-ibu pasti buntu nak masak apa bila anak-anak demam dan tak sihat badan kan? Selalunya bila demam, sesuai makan makanan yang lembut seperti Bubur Ayam Chinese Style ini.

Pasti ramai dah biasa buat bubur nasi kan, tapi apa salahnya kalau cuba masak bubur versi ini pula. Sekali sekala tukar selera. Dijamin anak-anak akan jadi berselera apabila makan bubur. Maklumlah bila demam, tekak akan jadi sakit untuk menelan makanan yang keras.

Baca juga: Pakar Kongsi Petua Kurangkan Batuk Yang Berlarutan, Boleh Cuba Kala ‘Musim Demam’ Ni

CARA BUAT BUBUR AYAM CHINESE STYLE

Bahan-bahan:

  • Beras atau nasi (Dalam 1 pot besar)
  • Isi ayam
  • Halia 2 ibu jari
  • Carrot sebatang
  • Sesame oil
  • Lada sulah
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Bawang putih

Cara-cara:

  1. Kisar nasi untuk hancurkan nasi tu. Masak nasi macam biasa. Masak dengan air yang banyak sampai jadi bubur.
  2. Masukkan isi ayam atau ayam cincang ramli.
  3. Kemudian masukkan halia yang dipotong halus.
  4. Seterusnya masukkan carrot yang dipotong dadu. Kacau rata semua bahan.
  5. Bila dah hampir masak, boleh masukkan sedikit sesame oil dan lada sulah. Kalau budak nak makan, kurangkan lada sulah. Boleh tambah lada sulah kemudian dalam mangkuk jika suka lada sulah.
  6. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
  7. Tutup api dan siap.
  8. Hidangkan bersama garnishing goreng garlic sama ada hancur atau slice.
  9. Cara goreng garlic supaya cantik macam dalam gambar tu, panaskan minyak, masukkan garlic bila minyak dah panas. Kacau selalu. Bila dia dah mula keperangan, boleh tutup api. Warna dia lembut saja tau bukan macam dalam gambar.

  10. Kemudian alihkan dalam mangkuk bersama minyak dia. Garlic akan jadi lebih perang sebab proses masak belum berhenti.

  11. Hidang bersama daun bawang potong seperti dibawah.

Nampak sedap kan? Ibu-ibu bolehlah cuba buat nanti kalau ada anak-anak demam. Pasti mereka berselera!

Kredit: Chuya Shams

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN