rojak mee

Sedapnya kalau dapat makan rojak mee untuk minum petang nanti. Kalau sebelum pandemik, boleh lepak makan dekat kedai mamak atau gerai tepi jalan. Sekarang hanya mampu beli bungkus dan makan di rumah.

Rojak mee yang sedap bergantung pada kuahnya dan juga bahan lain. Tak susah mana pun nak buah kuah rojak sebab bahan yang digunakan sangat ringkas.

Kalau nak lagi mudah, ikut sahaja resipi perkongsian oleh SuiSan Aliezsha di bawah ini. Menurutnya, ia resipi turun temurun yang juga merupakan hasil niaga arwah ibunya. Jom lihat cara membuat rojak mee di bawah.

Resipi Turun Temurun Rojak Mee

Bahan-bahan untuk kuah:

  • 1 paket biskut marie (dipatah-patahkan)
  • Kentang rebus 3 biji (dikisar)
  • Cili kering
  • Udang kering
  • Bawang putih 3 ulas (kisar)
  • 2 sudu besar tepung jagung

Cara-cara penyediaan kuah:

  1. Tumis sedikit minyak, masukkan bahan kisar dan masak sehingga naik minyak.
  2. Masukkan air dan biarkan mendidih. Kemudian masukkan kentang rebus yang sudah dikisar.
  3. Masukkan juga biskut marie, kacau sehingga biskut hancur.
  4. Akhir sekali masukkan tepung jagung dan perasa dengan garam gula secukupnya.

rojak mee

Bahan-bahan untuk kuih rojak:

  • Tepung gandum 2 senduk
  • 2 sudu besar yis
  • Daun kucai (takde pon takpe)

Cara-cara penyediaan kuih rojak:

  1. Satukan tepung, yis dan secubit garam. Bancuh jangan terlalu cair.
  2. Masukkan kucai dan perap dalam beberapa minit.
  3. Kemudian sedia untuk digoreng.
  4. Goreng menggunakan hujung sudip untuk dapatkan kuih rojak yang panjang-panjang.

Bahan-bahan hiasan:

  • Tauhu putih (goreng dan potong)
  • Kentang rebus 1 biji (rebus dan potong)
  • Telur rebus
  • Taugeh, lada besar, timun
  • Mee kuning

Selamat mencuba!

rojak mee

Kredit: SuiSan Aliezsha

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN