
Menu ringkas ini yang digelar terung bakar bersantan, memang pembuka selera! Dengan santan lemak berkrim dan aroma bakar yang menyelerakan, ia sempurna dinikmati bersama sambal belacan dan ikan goreng.
Resipi ini telah dipelajari oleh Cik Puan Syalfarina Razali menerusi seorang rakan dan terus menjadi kegemaran keluarga beliau.
Jom tengok resipi penuh di bawah ini.
Baca lagi: Cara Buat Lepat Cendol Bergedik, Lemak Manis Yang Mudah & Pasti Jadi!
RESIPI TERUNG BAKAR BERSANTAN
Bahan-Bahan:
- 1-2 biji terung (bergantung pada jumlah hidangan)
- 4 biji bawang merah kecil (hiris halus)
- 2 biji bawang merah kecil (untuk ditumbuk)
- 1-3 cili api (atau cili hidup jika kurang pedas)
- 1 sudu kecil belacan segar
- 1 kotak kecil santan (200ml)
- Garam dan sedikit gula (secukup rasa)
- 2-3 biji limau kasturi
Cara Penyediaan:
1. Bakar terung terus di atas api dapur hingga kulitnya hangus dan isinya lembut. Pastikan tidak membakar terlalu lama sehingga kering dan kecut.
2. Setelah masak, letakkan di atas pinggan dan koyakkan bahagian kulit yang hangus. Gunakan garfu untuk mengelakkan melecur.
3. Tumbuk cili api (atau cili hidup), 2 biji bawang merah, dan belacan hingga lumat.
4. Didihkan santan dalam periuk kecil. Masukkan bahan tumbuk ke dalam santan.
5. Tambahkan garam dan sedikit gula, kemudian kacau hingga sebati. Tutup api selepas mendidih.
6. Tuangkan santan yang telah dimasak ke atas terung yang dibakar tadi.
7. Taburkan bawang merah yang telah dihiris halus sebagai hiasan.
8. Perahkan jus limau kasturi di atas terung untuk memberikan rasa masam yang menyegarkan.
Selamat mencuba resipi ini!
Sumber: Syalfarina Razali
Baca lagi: Resepi Apam Cheese Kukus, Hasil Gebu Gebas Dengan 5 Langkah Mudah
Related Posts
Resipi 20 Minit Siap
Resipi Popular
Resipi Popia Goreng Cheese Yang Rangup Leleh Bila Makan, Yang Pasti Tak Berminyak!
Ini Rahsia Cara Masak Air Gula Yang Pekat & Wangi, Boleh Buat Untuk Kenduri Atau Berniaga!
Talam Tokyo Tanpa Pulut, Manis Ringan Setelah Ganti Dengan Bahan ‘Ini’
Resipi Roti Jala Sos Pandan Yang Lembut & Wangi, Memang Puas Makan Sampai Ke Petang
Cara Buat Bawang Goreng Garing Gerenti Sedap, Letak ‘1 Bahan’ Ini Supaya Lagi Rangup
Artikel Popular
MDA Umum Kepimpinan Baharu 2025-2026, Teraju Evolusi Digital Malaysia
10 Serbuk Matcha Yang Wajib Anda Tahu Sebelum Beli, Barulah Sedap Bancuh Air!
6 Jenis Susu Tin Yang Dijual Di Kedai, Dah Tahu Pilih Mana Satu Sesuai!
Resipi Kuah Rojak Petis Pekat & Tahan Lama, Rupanya Ada ‘Petua’ Kena Ikut!
Resipi Paprik Seafood Yang Mudah, Cepat & Sangat Menyelerakan
Video Terkini
Restoran Pilihan JJCM
Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.
Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.
Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














