pisang goreng crunchy

Selalu jumpa pisang goreng crunchy ni kat kedai tepi jalan je kan? Tapi teringin nak tahu caranya supaya boleh dimasak ketika dirumah dan sesuai untuk dijadikan menu minum petang untuk keluarga ataupun tetamu.

Seorang bekas peniaga telah berkongsi cara-cara untuk menjadikan tepung pisang goreng sangat crunchy tanpa menggunakan tepung segera.

Cara Membuat Pisang Goreng Crunchy

pisang goreng crunchy

Bahan-bahan:

  • Tepung beras 2 cawan
  • Tepung jagung 1 cawan
  • Tepung gandum 1/2 cawan
  • Telur 1 biji
  • Serbuk kunyit 1/2 sudu teh
  • Air kapur 4 sudu besar makan
  • Garam 1/2 sudu teh
  • Mentega 1 sudu besar
  • Kelapa parut atau mesin 3 sudu (kalau untuk makan sendiri boleh lah letak kelapa ni supaya dia berlemak sedikit)

Cara-cara:

  1. Masukkan semua tepung ke dalam satu bekas.
  2. Kemudian letakkan telur, serbuk kunyit, air kapur, garam dan mentega.
  3. Masukkan dalam 2 cawan air. Agak-agak jangan terlalu pekat nanti kerak tak cantik.
  4. Bila dah gaul letakkan pisang atau keledek yang hendak digoreng.
  5. Pastikan minyak betul-betul panas dan banyak.
  6. Renjis dulu bancuhan tepung tu ke dalam minyak kemudian baru masukkan pisang yang sudah disalut tadi.
  7. Pisang goreng crunchy sudah siap untuk dihidang.

Tips taknak pisang goreng dan keledek berminyak adalah jangan goreng api terlalu perlahan nanti minyak meresap ke tepung.

Senang sangat resipi yang dikongsi oleh Kak Mala ini. Lepas ni mudah sangat la kalau nak buat pisang goreng yang crunchy macam ni.

pisang goreng crunchy

Kredit: Normala Kori

Baca juga:

Cara taknak ikan bilis liat

Resipi Jejari Kentang Cheese, Mudah Dan Ekpres!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN