PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-08-17 18:37:28

Setiap pagi, ibu-ibu terutamanya suri rumah pasti sudah terpacak di dapur untuk membuat sarapan untuk seisi keluarga. Menu-menu seperti nasi goreng, mee goreng dan cekodok sudah menjadi kebiasaan di pagi hari. Jadi, inilah masanya untuk ibu-ibu mencuba resipi mudah ini buat hidangan sarapan iaitu Jejari Kentang Cheese. Ikuti perkongsian daripada Aleen Aireish menerusi laman Facebook.

Kredit: Aleen Aireish
 

Bahan-bahan:

  • 500 gram kentang
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 sudu makan susu tepung
  • 5 keping cheddar cheese (dipotong kecil)
  • Garam halus
  • Daun bawang
  • Daun sup (dihiris halus)

 

Cara-cara:

  1. Kupaskan semua kentang yang disediakan dan basuh sebersih-bersihnya. Kemudian, kukus kentang tersebut sehingga masak.


    Kredit: Lifestyle Okezone
     

  2. Selepas semua kentang masak, keluarkan dan lenyekkan kentang sehingga teksturnya halus. Ketepikan seketika.


    Kredit: Siraplimau
     

  3. Kemudian, masukkan semua bahan-bahan lain dan gaulkan hingga sebati dan menjadi seperti doh.


    Kredit: CikPuanMasitah
     

  4. Untuk bentuk, terpulang mengikut citarasa anda sendiri sama ada untuk membuatnya dalam bentuk memanjang atau bulat.


    Kredit: CikPuanMasitah
     

  5. Setelah selesai membentuk, panaskan minyak dan goreng kentang sehingga warna nampak kekuningan.


    Kredit: Aleen Aireish
     

Siap! Mudah saja kan? Pasti anak-anak pun turut berselera menjamunya. Selamat mencuba!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending