Categories: Resipi

Resipi Pengat Keledek Ungu, Sedapnya Bebola Lembut Dengan Kuah Santan Lemak Manis

Pengat ubi keledek ungu boleh jadi pilihan kalau nak hidangan pencuci mulut yang manis dan berlemak. Warnanya yang ungu semula jadi juga buatkan hidangan ini nampak lebih menarik apabila dihidangkan.

Tekstur keledek yang lembut digandingkan pula dengan kuah yang manis serta kuah santan yang lemak. Gabungan rasa ini memang sesuai untuk yang gemarkan hidangan tradisional berasaskan santan.

Kalau ada keledek ungu di rumah, boleh cuba resipi ini untuk sajian keluarga. Bahan-bahannya juga ringkas dan mudah didapati, jadi tak perlu pening nak sediakan banyak bahan.

Baca juga: Resipi Pengat Cempedak Bersagu Yang Mudah Dibuat, Sekali Rasa Memang Nak Tambah Lagi

RESIPI PENGAT UBI KELEDEK UNGU

Bahan-bahan bebola keledek ungu:

  • 150 gram keledek ungu (dikukus)
  • 100 gram tepung ubi kayu
  • Secubit garam
  • 2 sudu besar gula
  • 50 ml air

Bahan kuah untuk rebus bebola:

  • 600 ml air
  • 150 gram gula pasir
  • 1 helai daun pandan
  • ¼ sudu teh garam
  • 2 sudu besar tepung ubi kayu (dicairkan dengan sedikit air)

Bahan kuah santan:

  • 500 ml santan
  • ¼ sudu teh garam
  • 1 helai daun pandan

Cara-cara penyediaan:

  1. Haluskan keledek ungu yang telah dikukus. Kemudian masukkan tepung ubi kayu, garam, gula dan air. Gaul sehingga semua bahan sebati dan membentuk doh. Ambil sedikit doh, bentukkan menjadi bebola kecil dan ketepikan.
  2. Seterusnya, masukkan air, gula pasir, daun pandan dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih sebelum memasukkan bebola keledek ungu. Masak sehingga bebola terapung, menandakan ia sudah masak.
  3. Masukkan bancuhan tepung ubi kayu sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga kuah menjadi sedikit pekat.
  4. Untuk kuah santan pula, masukkan santan, daun pandan dan garam ke dalam periuk. Masak menggunakan api perlahan sambil dikacau selalu supaya santan tidak pecah.
  5. Apabila semuanya sudah siap, hidangkan bebola keledek ungu dan tuangkan kuah santan di atasnya. Pengat ubi keledek ungu sedia untuk dinikmati.

Sumber: Adele Emily

Baca juga: Resipi Pengat Bebola Durian, Bentuk Bulat-Bulat Comel & Kenyal Bila Makan!

Wan N

Recent Posts

3 Jenis Tepung Yang Biasa Digunakan Untuk Buat Muruku, Baru Tahu Ada Fungsi Berbeza!

Tepung muruku memainkan peranan penting dalam menentukan tekstur dan rasa snek tradisional India ini. Walaupun…

12 hours ago

Selama Ini Pilih Telur Ikut Saiz Saja, Rupanya Bentuk & Warna Kulit Pun Ada Maksud Tersembunyi!

Telur ayam antara bahan yang hampir selalu ada di dapur kerana mudah dimasak dan boleh…

13 hours ago

Resipi Chicken Chop Rangup Bersalut Nestum, Tuang Kuah Black Pepper ‘Banjir’ Lagi Sedap!

Resipi chicken chop ini sesuai dijadikan pilihan untuk makan tengah hari atau makan malam. Ayam…

14 hours ago

Rimas! Cara Halau Lalat Buah Yang Berterbangan Terutamanya Dekat Pisang, Cuba Petua Ini

Baru beli pisang atau buah-buahan, tetapi tak lama kemudian dapur mula dipenuhi lalat kecil? Memang…

15 hours ago

Resipi Kuetiau Theng Berkuah Jernih, Tambah Chili Oil Memang Lagi Terangkat Rasanya!

Kalau teringin makan hidangan berkuah yang panas dan menyelerakan, resipi kuey teow theng ini memang…

15 hours ago

Resipi Puding Karamel, Guna 3 Biji Telur Saja Pun Dah Boleh Dapat Satu Loyang!

Puding caramel resepi ini sesuai untuk sesiapa yang nak menyediakan pencuci mulut di rumah dengan…

15 hours ago