
Pasti ramai yang belum pernah cuba pengat cempedak kan? Gabungan isi cempedak yang masak ranum bersama kuah santan dan gula melaka menghasilkan rasa lemak manis yang cukup seimbang. Baunya yang harum sahaja sudah mampu membuatkan sesiapa tidak sabar untuk menikmatinya.
Walaupun resipi ini nampak ringkas, hasilnya memang cukup memuaskan. Rahsianya terletak pada pemilihan cempedak yang betul-betul masak supaya isinya lembut, manis dan tidak kelat. Apabila dimasak bersama santan pekat, teksturnya menjadi lebih berkrim dan menyelerakan.
Pengat cempedak paling sedap dinikmati ketika masih suam, namun jika disejukkan terlebih dahulu pun rasanya tetap lazat. Sesuai dijadikan pencuci mulut selepas makan tengah hari, hidangan minum petang atau ketika ada tetamu berkunjung ke rumah.
Baca juga: Resipi Pengat Pisang Yang Manis & Lemak Berkrim, Buat Untuk Minum Petang Rasa Lagi Istimewa!
RESIPI PENGAT CEMPEDAK BERSAGU

Bahan-bahan:
- 10-15 ulas isi cempedak masak
- 1/2 cawan sagu biji
- 1 keping gula melaka
- 2-3 sudu besar gula pasir (laraskan mengikut kemanisan cempedak)
- 500 ml santan
- 2 helai daun pandan (disimpulkan)
- 1/4 sudu kecil garam
- 1 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air, jika mahu kuah lebih pekat)
Cara-cara penyediaan:
- Rebus sagu dalam air mendidih sehingga bijinya bertukar jernih, hanya tinggal sedikit titik putih di tengah.
- Tutup api dan biarkan sagu selama 10 minit. Kemudian bilas di bawah air mengalir dan toskan. Ketepikan.
- Dalam periuk lain, masukkan santan, air, gula Melaka, gula pasir, daun pandan dan garam.
- Masak menggunakan api sederhana sambil dikacau perlahan sehingga gula Melaka larut sepenuhnya.
- Masukkan isi cempedak dan biarkan mendidih perlahan selama 5–8 minit sehingga cempedak lembut dan kuah menjadi harum.
- Akhir sekali, masukkan sagu yang telah direbus. Kacau perlahan selama 1–2 minit sehingga semuanya sebati.
- Tutup api dan hidangkan ketika suam atau setelah disejukkan.
Kredit gambar: Cik Puan Asrah Ali
Baca juga: Resipi Pengat Nangka Campur Ubi Keledek, Rasa Lemak Manis Pasti Memikat Selera!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














