Kalau perut selalu rasa kembung, penuh atau kurang selesa, mungkin anda boleh mencuba air rendaman jintan manis sebagai salah satu petua tradisional yang mudah dibuat di rumah.
Berdasarkan perkongsian oleh seorang pengguna Thread, air rendaman ini diminum sebelum tidur. Selepas beberapa hari mengamalkannya, individu berkenaan berkongsi bahawa perut terasa kurang kembung, lebih selesa dan membuang air besar dirasakan lebih lancar.
Menariknya, cara penyediaannya pun cukup ringkas. Tak perlu bahan yang banyak atau kos yang tinggi kerana hanya menggunakan jintan manis dan air panas.
Baca juga: Tip Pilih Buah Naga Merah, Kulit ‘Karat’ Rupanya Salah Satu Petua Nak Dapat Yang Manis
Bahan-bahan:
Cara-cara penyediaan:
Menurut perkongsian tersebut, rasa air rendaman itu juga tidak terlalu sukar untuk diminum kerana mempunyai rasa manis dan aroma tersendiri. Memang sangat digalakkan untuk mereka yang sering mengalami masalah perut berangin, kembung atau rasa senak.
Namun begitu, pengalaman setiap orang tidak semestinya sama. Air rendaman ini boleh dianggap sebagai salah satu amalan tradisional yang mudah dicuba, tetapi ia bukan pengganti rawatan perubatan.
Kalau masalah kembung, sakit atau ketidakselesaan perut berlaku dengan kerap, berpanjangan atau disertai gejala lain, sebaiknya dapatkan pemeriksaan daripada doktor.
Apa yang pasti, bahan yang diperlukan mudah didapati dan cara menyediakan air rendamannya juga sangat mudah. Dengan hanya sesudu kecil jintan manis dan air panas, dah boleh cuba sendiri di rumah.
Sumber: Thread @pijapijot75
Baca juga: Botol Serbuk Lada Selalu Berketul & Keras? Cuba Petua Mudah Ini, Rupanya Ramai Tak Tahu!
Bosan dengan menu ayam yang dimasak dengan cara sama? Apa kata cuba pula resipi ayam…
Terasa nak makan mi Bandung yang sedap tetapi malas nak keluar rumah? Apa kata cuba…
Kuetiau goreng merupakan antara hidangan yang sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan pagi. Walaupun menggunakan bahan…
Kuih lapis antara kuih tradisional yang ramai gemari kerana teksturnya yang lembut, kenyal dan berlemak…
Cinnamon roll merupakan sejenis roti manis yang terkenal dengan aroma kayu manis serta gulungan doh…
Resepi sayur bayam ala banchan Korea ini merupakan hidangan sampingan yang sering melengkapkan sajian di…