cara hilangkan bau badan

Cara hilangkan bau badan secara semula jadi boleh dilakukan dengan mudah menggunakan bahan dapur seperti serai dan daun pandan. Ramai yang tidak tahu, kedua-dua bahan ini bukan sahaja digunakan dalam masakan, tetapi juga boleh dijadikan minuman herba untuk membantu kesegaran badan.

Petua tradisional ini semakin popular kerana ia mudah disediakan, murah dan menggunakan bahan yang memang ada di rumah. Gabungan serai dan daun pandan juga terkenal dengan aroma segar yang membantu memberi rasa lebih nyaman pada tubuh.

Jika diamalkan secara konsisten, minuman ini boleh menjadi salah satu rutin harian untuk membantu badan rasa lebih segar dan tidak mudah berbau, terutamanya bagi mereka yang aktif sepanjang hari.

Baca juga: Cara Hilangkan Kesan Kunyit Pada Tangan Dengan Cepat & Mudah, Sekelip Mata Kembali Bersih!

CARA HILANGKAN BAU BADAN GUNA BAHAN SEMULA JADI

cara hilangkan bau badan

Bahan-bahan:

  • 3 batang serai (dititik atau diketuk)
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • 2 cawan air

Cara-cara penyediaan:

  1. Didihkan 2 cawan air di dalam periuk.
  2. Masukkan serai yang telah diketuk ke dalam air mendidih.
  3. Rebus sehingga aroma serai mula naik dan air berbau harum.
  4. Masukkan daun pandan dan teruskan merebus selama lebih kurang 2 minit.
  5. Tutup periuk sepanjang proses rebusan untuk mengekalkan aroma dan khasiat.
  6. Tutup api dan biarkan air rebusan suam di dalam periuk.
  7. Bila sudah suam, boleh terus diminum atau disejukkan terlebih dahulu.
  8. Boleh juga dicampur dengan air masak dan disimpan dalam peti sejuk untuk diminum bila-bila masa.

Petua cara hilangkan bau badan ini bukan sahaja mudah, tetapi juga sesuai dijadikan amalan harian untuk gaya hidup lebih segar dan semula jadi.

Sumber: Fauziah Mohd

Baca juga: Cara Celur Bendi Supaya Kekal Hijau, Rangup & Tak Berlendir, Ini Teknik Yang Ramai Terlepas Pandang

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN