Anda kalau dah bosan dengan makanan berasaskan Melayu, apa kata cuba resipi pani puri iaitu snek kegemaran masyarakat India.
Cara nak buat pani puri ini sangat mudah dan anda boleh nikmati pada bila-bila masa. Rasanya pula adalah rangup, masam, manis serta lemak berkrim sangat menepati citarasa kita yang hidup bermajmuk.
Selain itu, untuk rasa yang lagi sedap anda boleh makan bersama podi muruku.
Jom baca resipi perkongsian Cik Puan Nur Masri di bawah.
Baca juga: Resipi Bahulu Guna Sukatan Cawan, Hanya Perlu 4 Bahan ‘Basic’ Ini
RESIPI PANI PURI
Bahan-Bahan:
Pani Puri Chips:
- 1 paket pani puri chip atau papad
- Minyak (untuk menggoreng)
Cara-Cara:
1. Panaskan minyak dengan api kecil.
2. Goreng pani puri chip hingga kembang dan keperangan. Angkat dan toskan.
Bahan Inti Kentang:
- Ubi kentang (rebus & lenyek)
- Daun ketumbar (cincang halus)
- Bawang merah (cincang dadu)
- Serbuk cili, garam, serbuk jintan manis, dan serbuk jintan putih secukupnya
Cara-Cara:
1. Gaul semua bahan hingga sebati. Lebihkan serbuk cili jika suka pedas.
Bahan Sos Hijau:
- Daun ketumbar
- Daun pudina
- Cili hijau
- Jintan putih & jintan manis secubit
- Garam halus, gula, dan air secukupnya
Cara-Cara:
1. Kisar semua bahan dan sesuaikan rasa.
Bahan Sos Putih:
- Mayones atau yogurt asli
- Hiris daun ketumbar
- Air secukupnya
Cara-Cara:
1. Campur dan gaul semua bahan hingga sebati.
Bahan Sos Asam:
- Asam jawa
- Gula pasir atau gula perang
- Air secukupnya
Cara-Cara:
1. Masak semua bahan hingga pekat.
Cara Makan:
1. Tebuk lubang pada bahagian atas pani puri.
2. Masukkan inti kentang, sos putih, sos hijau, dan sos asam jawa.
3. Sedia untuk dinikmati.
Selamat mencuba!
Sumber: Nur Masri
Baca juga: Resipi Tosei Yang Sedap, Lengkap Bersama Idli & Chutney Kelapa