Cara buat bihun sup utara perkongsian oleh Nazz Mernas ini cukup mudah dan ringkas. Yang paling penting, tidak perlu menggunakan banyak bahan.

Sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia masakan. Satu keluarga pasti akan kagum dengan hasil masakan anda. Jom cuba!

Baca juga: Cara Masak Bihun Goreng Kampung, Sedap Macam Mak-Mak Kita Buat

CARA BUAT BIHUN SUP UTARA (RESIPI SUP & BIHUN)

cara buat bihun sup

Bahan-bahan:

  • 4 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 2 batang serai
  • Sedikit black pepper

Cara-cara:

  1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, dan serai sehingga halus.
  2. Tumis bahan yang diblend bersama dengan 3 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, dan buah pelaga) sehingga wangi.
  3. Masukkan rempah sup sebanyak 3 sudu besar (tidak terlalu penuh).
  4. Bila bahan tumisan mula pecah minyak, tambah air, daging, akar daun sup, dan bawang. Saya gunakan pressure cooker untuk memasak daging yang besar-besar. Setelah daging empuk, keluarkan dan hiris nipis-nipis.
  5. Sesuaikan rasa kuah dengan garam. Jika mahu, boleh tambah perasa mengikut selera.
  6. Untuk bihun, celur bihun dengan sedikit kunyit.

RESIPI SAMBAL MERAH

Bahan-bahan:

  • 1 senduk cili kisar
  • 2 sudu besar cili serbuk
  • 2 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih (saya suka banyak bawang putih)

Cara-cara:

  1. Blend semua bahan di atas hingga halus.
  2. Tumis bahan blend tersebut hingga pecah minyak.
  3. Tambah garam dan sedikit gula. Jangan letak gula terlalu banyak.

Kredit resipi dan gambar: Nazz Mernas

Baca juga: Resipi Bihun Goreng Budak Sekolah, Campak-Campak Je Dah Siap! Laju Anak-Anak Makan

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending