Categories: Resipi

Resipi Pais Ikan Kembung Berbalut Daun Pisang, Bakar Atas Dapur Pun Dah Cukup Menyelerakan!

Pais ikan kembung antara hidangan tradisional yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimasak bersama bahan kisar dan dibungkus menggunakan daun pisang. Aroma harum daun pisang yang terkena haba menjadikan lauk ini lebih istimewa.

Menariknya, resipi pais ikan kembung perkongsian Dhia Nadia ini cukup mudah disediakan kerana tidak memerlukan banyak bahan. Cili merah, bawang, serai dan beberapa bahan perasa dikisar sebelum digaul bersama ikan.

Cara memasaknya juga tidak semestinya menggunakan ketuhar atau pemanggang. Ikan yang sudah dibalut dengan daun pisang boleh terus dimasak di atas dapur menggunakan api sederhana. Tak perlu tambah kelapa parut pun kerana resipi ini memang menggunakan bahan kisar sahaja.

Baca juga: Petua Orang Lama Buat Ikan Selayang Rebus Goreng, Rupanya Ada Tip Supaya Isi Tak Hancur!

RESIPI PAIS IKAN PATIN

Bahan kisar:

  • Cili merah besar
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Serai

Bahan lain:

  • Ikan kembung
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa secukup rasa
  • Asam jawa secukup rasa
  • Gula (pilihan)
  • Daun kunyit (dihiris)
  • Daun pisang secukupnya untuk membungkus

Cara-cara penyediaan:

  1. Kisar cili merah besar, bawang putih, bawang merah dan serai sehingga halus.
  2. Masukkan bahan kisar ke dalam bekas. Tambahkan garam, serbuk perasa, asam jawa dan gula jika suka.
  3. Gaulkan semua bahan sehingga sebati dan perasakan mengikut cita rasa.
  4. Letakkan ikan kembung di atas daun pisang yang telah dibersihkan. Tuangkan bahan kisar tadi sehingga menyaluti ikan.
  5. Taburkan hirisan daun kunyit di atas ikan untuk menambahkan aroma.
  6. Bungkus ikan dengan kemas menggunakan daun pisang supaya bahan perapan tidak mudah terkeluar ketika dimasak.
  7. Masukkan bungkusan ikan ke dalam kuali atau atas permukaan kuali leper. Masak menggunakan api sederhana sehingga ikan masak sepenuhnya. Terbalikkan bungkusan sekali-sekala supaya ikan masak sekata.
  8. Setelah masak, angkat dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih panas.

Tip: Pastikan daun pisang dilayukan sebentar di atas api supaya lebih lembut dan tidak mudah koyak ketika membungkus ikan.

Sumber: Dhia Nadia

Baca juga: Resipi Ikan Bilis Sambal Goreng, Jangan Gaul Ketika Masih Panas Kalau Nak Kekal Rangup!

Wan N

Recent Posts

Harum Aroma Telur, Manisnya Pun Tak Terlebih! Ini Resipi Kuih Bahulu Gebu Buat Sendiri Di Rumah

Resepi kuih bahulu ini sesuai dicuba bagi anda yang ingin menyediakan sendiri kuih tradisional kegemaran…

28 minutes ago

Resepi Nasi Beriani Mudah Guna Pes Beriani, Lengkap Dengan Ayam Bakar Dan Kurma Daging

Nak sediakan hidangan istimewa untuk keluarga? Resepi nasi beriani mudah perkongsian Nor Hafizah Ismail ini…

2 hours ago

Resipi Ikan Tenggiri Masak Sambal, Kuah Masam Manis Meresap Sampai Dalam Isi Ikan!

Ikan tenggiri masak sambal masam manis merupakan hidangan yang sesuai untuk melengkapkan menu tengah hari…

2 hours ago

Resipi Apam Mekar Zebra Coklat Gebu Dan Cantik Coraknya, Sekali Kukus Terus Jadi!

Resipi apam mekar zebra antara pilihan kuih yang menarik untuk disediakan. Bukan sahaja teksturnya gebu…

3 hours ago

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

18 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

18 hours ago