cara simpan daun kunyit

Nak tahu cara simpan daun kunyit supaya kekal segar, wangi dan tahan lama? Daun kunyit memang penting untuk masakan Melayu, tapi cepat layu kalau tak disimpan dengan betul. Jangan risau, ada cara mudah yang boleh buat daun tahan berbulan-bulan tanpa hilang aroma atau warnanya.

Dalam artikel ini, kami kongsikan langkah praktikal simpan daun kunyit, dari cuci, potong hingga beku. Teknik ini juga sesuai untuk herba lain seperti daun kari, daun limau purut dan bunga kantan, memang memudahkan kerja dapur harian.

Baca juga: Cara Simpan Daun Kesum Supaya Kekal Segar Berbulan-Bulan, Tak Cepat Layu & Tetap Hijau

CARA SIMPAN DAUN KUNYIT

cara simpan daun kunyit

Bahan-bahan:

  • Daun kunyit segar
  • Tisu dapur
  • Pinggan atau bekas untuk pembekuan
  • Beg plastik berzip atau bekas kedap udara

Cara-cara penyediaan:

1. Basuh dan Keringkan Daun Kunyit

Basuh daun kunyit hingga bersih. Tos air dan tekapkan dengan tisu dapur sehingga kering. Daun yang kering lebih tahan lama dan tidak cepat layu bila disimpan.

2. Buang Tulang Daun dan Potong

Buang tulang daun kunyit dan potong daun kepada saiz kecil. Cara ini memudahkan bila nak masak, cuma ambil beberapa potongan sahaja. Sesuai untuk keluarga kecil atau masakan sikit-sikit.

3. Teknik Pembekuan Daun Kunyit

Susun daun kunyit atas pinggan atau bekas supaya tidak bertindih. Masukkan ke dalam peti sejuk beku beberapa jam atau semalaman supaya daun sejuk beku secara sekata sebelum dipindahkan ke beg plastik.

*Tip: Ada yang terus simpan daun tanpa langkah ini, tapi cara ini lebih praktikal dan daun lebih mudah digunakan nanti.

4. Simpan dalam Beg Plastik Berzip

Selepas sejuk beku, pindahkan daun kunyit ke dalam beg plastik berzip. Ambil beberapa potongan sahaja bila nak masak.

*Nota: Daun kunyit beku sukar dihiris halus, jadi lebih sesuai digunting kasar terus masuk dalam masakan.

Berapa Lama Daun Kunyit Boleh Disimpan?

Dengan cara ini, daun kunyit boleh tahan sehingga 9 bulan! Warna hijau masih cantik dan aromanya tetap wangi. Sesuai untuk dapur yang sibuk atau mereka yang nak cepat masak tanpa risau daun habis.

Herba Lain Yang Boleh Disimpan Sama Cara

Selain daun kunyit, teknik ini juga sesuai untuk:

Semua herba ini bila disimpan betul akan memudahkan kerja memasak dan kekal wangi walaupun bukan baru dipetik.

Tip Tambahan Untuk Menyimpan Daun Kunyit

  • Jangan cuci daun terlalu awal jika belum nak simpan. Simpan segar dahulu.
  • Label tarikh pada beg plastik supaya tahu daun disimpan berapa lama.
  • Bahagikan daun kepada saiz kecil supaya mudah ambil ikut keperluan.

Dengan cara ini, dapur anda sentiasa ada bahan herba segar, masakan lebih wangi dan kerja memasak lebih cepat. Teknik ini memang cara simpan daun kunyit yang praktikal untuk kegunaan harian, walaupun tidak sama seperti daun baru petik, tetapi hasilnya tetap memuaskan.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Ujie Othman

Baca juga: Petua Simpan Bunga Kantan Supaya Kekal Segar, Tahan Lama & Cantik, Nak Bila-Bila Masa Pun Boleh!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN