Kerang masak serai antara hidangan yang boleh dicuba kalau suka lauk berasaskan makanan laut. Gabungan serai, halia dan bawang putih yang ditumis bersama sos tiram menghasilkan aroma tersendiri yang cukup membuka selera.

Resipi ini menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati dan tidak memerlukan masa lama untuk disediakan. Tambahan cili padi pula memberikan sedikit rasa pedas, manakala tomato ceri dan bawang besar menjadikan hidangan lebih menarik.

Kalau suka kerang yang dimasak bersama sedikit kuah, boleh tambahkan air mengikut cita rasa. Kerang juga boleh direbus terlebih dahulu tanpa air sebelum dimasak bersama bahan tumisan. Jom cuba resipi kerang masak serai ini!

Baca juga: Resipi Ayam Bakar BBQ Guna Air Fryer, Perapan Manis Pedas Dengan Aroma Mixed Herbs Yang Menyelerakan!

RESIPI KERANG MASAK SERAI

kerang masak serai

Bahan-bahan:

  • 500g kerang – dibersihkan
  • 4 ulas bawang putih – dicincang
  • 1 inci halia – dicincang
  • 2 batang serai – dititik dan dipotong
  • 3 biji cili padi – diketuk
  • 3 sudu besar sos tiram
  • Tomato ceri secukupnya
  • 1 biji bawang besar – dipotong bulat
  • Sedikit air (jika mahu berkuah)
  • Minyak masak untuk menumis
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan serai, halia dan bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan sos tiram, cili padi dan sedikit air. Kacau sehingga sebati.
  3. Tambahkan sedikit garam sebelum memasukkan kerang.
  4. Kacau kerang sehingga sebati dengan bahan tumisan.
  5. Tutup kuali seketika dan masak sehingga kerang terbuka serta masak sepenuhnya.
  6. Jika menggunakan kerang yang sudah direbus dan masak, tidak perlu tutup kuali lama. Terus kacau sehingga semua bahan sebati dan panas.
  7. Masukkan tomato ceri dan bawang besar. Gaul rata.
  8. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa jika perlu. Setelah semuanya masak, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Tip: Kerang masak serai ini sedap dinikmati panas-panas bersama nasi putih. Jika gemarkan lauk berkuah, tambahkan sedikit air semasa memasak mengikut jumlah kuah yang diinginkan.

Sumber: Rabiatun Adawyah Mohamed Din

Baca juga: Resipi Putu Mayam, Helaian Halusnya Lembut & Sedap Dinikmati Bersama Kelapa Parut Serta Gula Melaka!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending