nasi ayam thai

Sedapnya Nasi Ayam Thai. Patutlah viral sebab cara membuatnya sangat senang dan cepat untuk disediakan.

Nasi Ayam Thai ini hampir sama dengan nasi ayam biasa atau nasi ayam hainan. Yang berbeza adalah dari segi sos dan juga penggunakan daun ketumbar.

Kalau ada yang nak cuba, ikut saja resipi hasil perkongsian oleh Queenna Lilie di bawah. Selamat mencuba!

Cara Buat Nasi Ayam Thai

Bahan-bahan:

  • Ayam (peha & kepak)
  • 4 batang bahagian akar daun ketumbar (basuh bersih)
  • Halia sebesar ibu jari (hiris)
  • 3 ulas bawang putih (cincang)
  • Air
  • Garam
  • Kiub pati ayam
  • pot kecil beras
  • Bawang putih
  • Bawang besar
  • Butter

Cara-cara:

1. Bersihkan ayam dan masukkan dalam periuk nasi. Masukkan air, ayam, batang daun ketumbar, bawang putih, halia, garam serta kiub pati ayam.

2. Rebus semua bahan sehingga ayam masak. Kemudian keluarkan ayam dan letak tepi.

3. Air rebusan tadi ambil untuk buat sup sedikit dan untuk masak nasi.

4. Untuk sup, tambah bunga lawang dan sedikit kayu manis supaya lebih sedap. Taburkan juga bawang goreng.

5. Untuk nasi, tumis bawang putih dan bawang kecil menggunakan butter. Kemudian masukkan beras yang sudah dibasuh.

6. Kemudian masukkan air rebusan ayam tadi, masukkan semua sekali. Masukkan semula ayam yang dikeluarkan tadi, letak atas beras.

7. Rupa bila nasi dah masak.

Bahan-bahan sambal kicap:

  • Bawang goreng
  • 4-5 batang cili padi (ikut tahap kepedasan yang diingini)
  • Sos thai
  • Sedikit gula perang
  • Seulas bawang putih
  • Dark & light soy sauce
  • Perahan limau nipis
  • Daun ketumbar (hiris halus)

Cara-cara buat sambal kicap:

1. Dalam lesung batu, tumbuk bawang putih. Kemudian masukkan bahan-bahan lain, gaul dan tumbuk manja. Siap!

Bahan-bahan sambal merah:

  • 5 batang cili merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 sk cuka
  • 1 sk garam
  • 1 sk gula
  • 1/2 cawan air rebusan ayam atau letak air dan kiub pati ayam
  • Sedikit sos tomato

Cara-cara buat sambal merah:

1. Kisar semua bahan dan masak seketika atas api perlahan.

nasi ayam thai

Selamat mencuba!

nasi ayam thai

Kredit: Queena Lilie

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN