Agar-agar adalah pencuci mulut paling mudah dan sedap untuk dinikmati terutamanya untuk menu potluck dan majlis keramaian. Rasa berselera je bila agar-agar yang manis, lembut dan sejuk bila dimakan. Jadi apa tunggu lagi? Jom cuba resepi agar-agar yang dikongsikan oleh Nora Ha di Facebook. 

PENULIS

MyResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut

TAHAP KESUKARAN

MUDAH

Resepi Agar-Agar Mozaik

Agar-agar adalah pencuci mulut paling mudah dan sedap untuk dinikmati terutamanya untuk menu potluck dan majlis keramaian. Rasa berselera je bila agar-agar yang manis, lembut dan sejuk bila dimakan. Jadi apa tunggu lagi? Jom cuba resepi agar-agar yang dikongsikan oleh Nora Ha di Facebook.

Kredit: Nora Ha
BAHAN-BAHAN
  • Agar-agar tali (sebungkus)

  • 1 cawan gula

  • 1250ml air 

  • 2 sudu besar susu pekat

  • 1/2 cawan susu cair

  • 4 jenis pewarna 

Kredit: Nora Ha
CARA PENYEDIAAN
  • Masak agar-agar bersama 1250ml air.

  • Masukkan 1 cawan gula. Kacau hingga sebati.

  • Sendukkan dalam 2 senduk untuk setiap 4 bahagian agar-agar berwarna. Sejukkan dan dipotong dadu.

  • Manakala, baki agar-agar selebihnya dijadikan agar-agar susu (masukkan susu pekat dan susu cair).

  • Masukkan agar-agar berwarna yang telah dipotong dadu tadi ke dalam bekas atau loyang bersesuaian.

  • Tuangkan agar-agar susu ke dalamnya dan dibiarkan sejuk. Siap. Boleh lah dipotong dan dimakan ketika sejuk.

Kredit: Nora Ha

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.