Nasi elok je panjang, derai dia cantik tidak melekat. Lembut, tak keras dan masak dengan sempurna.”

Siapa suka makan beras basmathi? Beras basmathi ini dia lain daripada beras biasa yang kita makan, beras dia lebih panjang dan halus sahaja. Kebiasaannya orang akan masak beras basmathi ini untuk membuat nasi briyani dan nasi Arab.

Kalau makan beras basmathi ini nikmat dia lain macam, rasa puas sahaja bila makan. Tetapi ada sesetengah orang apabila masak beras ini ia tidak menjadi, ada yang lembik dan nasinya tidak berderai. Mungkin korang boleh cuba tips ini supaya berasnya dimasak dengan sempurna.

1. Rendam beras bersama garam

Rendam beras sekitar 20 hingga 30minit bersama 1 sudu kecil garam sebelum memasak nasi seperti biasa, supaya beras kembang dan panjang elok. Cuci beras terlebih dahulu sebelum rendam.

2. Sukatan air yang betul

Sukatan air untuk beras basmathi adalah 1 cawan beras bersamaan 1 1/4 air atau mana-mana campuran lain seperti  santan atau susu cair.

3. Didihkan air sebelum masuk beras

Cara nak masak beras ini,  pastikan air atau cecair untuk memasak beras ini mendidih terlebih dahulu. Selepas itu, baru boleh masukkan beras. Dengan menggunakan cara ini juga, beras tidak akan mudah patah kerana tidak terendam terlalu lama. Beras akan cepat masak dalam lebih kurang 10 – 15 minit sahaja.

4. Kacau rata

Selepas beras sudah dimasukkan, besarkan sedikit api dan kacau rata semasa air masih ada. Sekiranya air dah kering, anda tidak perlu kacau. Kecilkan api dan tutup periuk sehingga beras masak dengan sempurna.

5. Rehatkan beras seketika

Sekiranya nasi sudah masak, rehatkan selama 5 hingga 10 minit. Jangan terus buka tudung periuk, biarkan nasi mengewap di dalam periuk dan kembang cantik. Selepas itu, karih nasi dari tepi periuk ke tengah. Untuk menggebukan nasi. Gunakan garfu atau sudip, supaya nasi tidak hancur dan patah.

Selamat mencuba!

Sumber:Eyda Sukiman