mapo tofu

Jika anda nak masak lauk yang mudah dan ringkas, boleh cuba masak mapo tofu berkuah pedas ala masakan cina ini. Gabungan rasa kuah yang manis dan pedas serta tofu yang lembut memang mantap.

Makan pula dengan nasi putih, sedap tak terkata. Ini resipi yang dikongsi oleh Zurina Zulkefli yang boleh anda cuba.

RESIPI MAPO TOFU

Bahan-bahan:

  • 4 ketul tauhu biasa atau mapo tofu
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 hirisan halia
  • 2 ketul isi ayam
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar kicap
  • Serbuk perasa ayam atau kiub pati ayam
  • Minyak masak
  • Minyak bijan
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • Daun bawang

Cara-cara penyediaannya:

1. Potong tauhu kecil-kecil.

2. Panaskan minyak masak dan tumis campuran bawang putih dan halia.

3. Masukkan isi ayam dan tumis sehingga masak.

4. Masukkan serbuk cili yang dibancuh dengan air. Kacau sehingga pecah minyak.

5. Tambahkan air dalam 1 cawan setengah. Boleh tambah garam, serbuk perasa ayam dan kicap. Gaul kuah sehingga mendidih.

6. Bila kuah dah mendidih, masukkan potongan tauhu. Biarkan tauhu masak dahulu dan jangan digaul supaya tauhu tidak hancur.

mapo tofu

7. Masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.

8. Biarkan tauhu masak sehingga kuah menjadi likat. Taburkan hirisan daun bawang dan titiskan minyak bijan.

9. Siap dan sedia untuk dimakan bersama nasi.

mapo tofu

Kredit: Zurina Zulkefli

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN