Tak lengkaplah hari raya kita semua tanpa pelbagai hidangan kuih raya di atas meja. Sebab tulah selalunya masuk minggu pertama Ramadan je dah ada yang mula sibuk nak order macam-macam kuih raya. Korang pun sama, betul tak?

Tapi apa kata tahun ini korang cuba buat sendiri kuih raya dengan resipi mudah menggunakan coklat Cadbury! Resipi yang kami kongsikan di bawah ini bukan je ringkas dan senang untuk dicuba tapi hasilnya juga confirm sedap dan bakal memikat selera para tetamu nanti!

8 resipi kuih raya anti gagal yang boleh korang cuba!

1. ALMOND LONDON COKLAT CADBURY

                                             

Bahan-bahan A:

300gram tepung kek

170gram mentega

60gram gula kastor

20gram serbuk badam kisar

Cincangan badam panggang – untuk hiasan

Bahan-bahan B:

2 bar (320gram) CADBURY DAIRY MILK CHOCOLATE (PLAIN)

Bahan-bahan C:

1 bar CADBURY DAIRY MILK FRUIT & NUT atau CADBURY DAIRY MILK HAZELNUT – dipotong kecil

Cara-cara:

  1. Pukul mentega bersama gula kastor hingga sebati.
  2. Masukkan tepung kek dan serbuk badam kisar. Gaul sebati hingga menjadi doh yang lembut.
  3. Ambil sedikit doh, leperkan lalu letakkan potongan CADBURY DAIRY MILK FRUIT & NUT atau CADBURY DAIRY MILK HAZELNUT ke dalam doh tadi. Kemaskan doh dan bentukkan menjadi lonjong.
  4. Bakar doh dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170°C selama 20 minit.  Sejukkan biskut.
  5. Sementara itu, cairkan bahan-bahan B menggunakan kaedah ‘double boil’ hingga licin dan berkilat.
  6. Celup biskut yang telah disejukkan tadi ke dalam coklat lalu buang lebihan coklat dan letakkan biskut ke dalam cawan kertas. Hias dengan cincangan badam panggang.

Hidangan : 4-6 orang

Masa penyediaan : 35 minit

Masa memasak/membakar : 20 minit

2. TART COKLAT CADBURY

Bahan-bahan:

250gram mentega

250gram tepung gandum

50gram gula aising

100gram tepung jagung

1 sudu teh esen vanilla

25 biji CADBURY DAIRY MILK NEAPS 4.5G

Kuning telur + sedikit pewarna oren/kuning – untuk disapu atas doh

Cara-cara:

  1. Di dalam mangkuk pengadun, menggunakan spatula, pukul mentega, gula aising dan esen vanilla hingga sebati.
  2. Ayak semua jenis tepung lalu masukkan ke dalam adunan tadi.  Uli hingga menjadi doh yang lembut. Jika doh terlalu lembik, boleh tambah sedikit lagi tepung gandum.
  3. Terap doh ke dalam loyang menggunakan acuan tart gulung.
  4. Letakkan CADBURY DAIRY MILK NEAPS ke dalam doh lalu gulung dengan kemas.
  5. Letakkan tart coklat CADBURY dalam dulang pembakar yang telah disapukan dengan mentaga atau alas dengan parchment paper.
  6. Sapu campuran kuning telur dan pewarna oren/kuning di atas doh.
  7. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170°C selama 15-20 minit atau hingga biskut kekuningan.

Hidangan : 4-6 orang

Masa penyediaan : 30 minit

Masa memasak/membakar : 15-20 minit

 

3.BISKUT CHEESE CADBURY

Bahan-bahan A:

200gram mentega

80gram shortening 

100gram PHILADELPHIA cream cheese

90gram gula aising

1 biji kuning telur – gred A

1 sudu teh esen vanila

Bahan-bahan B:

280gram tepung gandum

180gram tepung jagung

Bahan-bahan C:

75 biji CADBURY DAIRY MILK NEAPS 4.5G

1 biji putih telur – untuk disapu atas doh

Cara-cara:

    1. Di dalam mangkuk pengadun, satukan bahan-bahan A lalu pukul hingga semua bahan lembut dan sebati.
    2. Ayak bahan-bahan B kemudian masukkan dalam mangkuk pengadun, gaul sebati menjadi doh yang lembut.
    3. Balut doh dengan plastik cling dan sejukkan dalam peti sejuk selama 15 minit.
    4. Keluarkan doh dan uli. Terap mengikut saiz CADBURY DAIRY MILK NEAPS dan susun di dalam dulang pembakar yang telah disapukan dengan mentega atau dialas dengan parchment paper.
    5. Bakar biskut dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150-160°C selama 20-25 minit. Letak dulang pembakar di rak tengah.
    6. Keluarkan biskut dari ketuhar, sapu sedikit putih telur di atas biskut kemudian susun coklat CADBURY di atas biskut dan bakar semula selama 10 minit dengan suhu 140°C.

Hidangan : 6-8 orang

Masa penyediaan : 25 minit

Masa memasak/membakar : 30-35 minit

4.COOKIE COKLAT CADBURY

Bahan-bahan:

250gram mentega

3 ½  cawan tepung gandum

¾  cawan gula perang

1 cawan minyak sayur

½ cawan serbuk koko

½ cawan serbuk badam kisar

2 bar (320gram) CADBURY DAIRY MILK HAZELNUT atau CADBURY DAIRY MILK ROAST ALMOND  – cincang kasar

1 biji telur – gred A

1 sudu makan susu segar

1 sudu teh baking powder

1 sudu teh soda bikarbonat

1 sudu teh cream of tartar

1 sudu teh esen vanila

Cincangan badam (untuk hiasan)

Cara-cara:

  1. Ayak tepung gandum, serbuk koko, cream of tartar, soda bicarbonate dan baking powder, ketepikan.
  2. Dalam mangkuk pengadun, pukul gula perang bersama mentega hingga sebati.
  3. Masukkan telur bersama esen vanila. Masukkan minyak. Pukul sederhana.
  4. Masukkan campuran tepung dan serbuk badam kisar. Gaul sebati.
  5. Masukkan CADBURY DAIRY MILK  HAZELNUT atau CADBURY DAIRY MILK ROAST ALMOND lalu gaul rata.
  6. Balut adunan yang dah siap dengan plastic wrap, sejukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam.
  7. Keluarkan doh, sudukan doh ke dalam loyang pembakar yang telah dialas dengan parchment paper dan hias dengan cincangan badam.
  8. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180°C selama 15-20 minit atau hingga biskut masak.
  9. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.

Hidangan : 4-6 orang

Masa menyediakan :  25 minit dan 1 jam penyejukan

Masa membakar : 15-20 minit

5. KEK CHEESE LELEH COKLAT CADBURY

Bahan-bahan:

1 ½ cawan tepung naik sendiri – ayak

½ cawan air panas

½ cawan minyak sayur

2 bar (320gram) CADBURY DAIRY MILK CHOCOLATE (PLAIN)

2 sudu makan susu pekat manis

2 sudu makan gula kastor

2 sudu makan serbuk koko

2 biji telur  – gred A

1 sudu makan mentega

1 sudu teh esen vanilla

Keju cheddar KRAFT secukupnya  – untuk hiasan

1 bar (160gram) CADBURY DAIRY MILK BLACK FOREST  – untuk hiasan & cincang

250gram PHILADELPHIA cream cheese

½ cawan susu pekat manis

¼ cawan susu segar

1 sudu makan jus lemon

Cara-cara:

  1. Satukan CADBURY DAIRY MILK CHOCOLATE (PLAIN) bersama mentega lalu cairkan dengan kaedah ‘double boil’. 
  2. Pukul telur bersama gula dan susu pekat manis hingga kembang dan lembut.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan minyak.  Gaul sebati.
  4. Masukkan coklat CADBURY yang telah dicairkan, serbuk koko, air panas dan esen vanilla lalu gaul sebati.
  5. Tuang adunan ke dalam bekas tahan panas. 
  6. Kukus kek selama 25-30 minit atau hingga masak dan sejukkan.
  7. Sementara itu, pukul  PHILADELPHIA cream cheese bersama susu pekat manis hingga agak lembut dan kembang.  Tuang susu segar dan jus lemon lalu pukul lagi hingga sebati.
  8. Tuang adunan cream cheese ke atas kek yang dah sejuk tadi. Tabur parutan keju cheddar KRAFT dan cincangan CADBURY DAIRY MILK BLACK FOREST.  Sejukkan.

Hidangan : 4-6 orang

Masa penyediaan : 30 minit

Masa memasak/mengukus : 25-30 minit

 

6. KEK BATIK COKLAT CADBURY

Bahan-bahan A (kek):

400gram biskut McVitie’s Digestive – patah-patahkan

250gram biskut OREO Cookies Original – buang krim & patah-patahkan

200gram mentega

1 ½ cawan serbuk koko

½ cawan susu pekat manis

½ cawan air panas

1 biji telur – gred A

1 sudu teh esen vanilla

Bahan-bahan B (ganache):

200gram krim putar

2 bar (320gram) CADBURY DAIRY MILK CHOCOLATE (PLAIN)

1 sudu makan mentega

1 sudu teh esen vanilla

Bahan-bahan C (hiasan):

1 bar (160gram) CADBURY DAIRY MILK FRUIT & NUT – potong kasar

Cara-cara:

  1. Di dalam kuali, satukan susu pekat manis, serbuk koko dan mentega.  Cairkan hingga semua bahan sebati.
  2. Masukkan air panas, telur dan esen vanilla.  Kacau hingga bancuhan berkilat.
  3. Masukkan biskut McVitie’s Digestive dan OREO sedikit demi sedikit dan gaul rata.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah di alas dengan parchment paper lalu mampatkan.
  5. Sejukkan dalam peti sejuk selama sejam.
  6. Sementara itu, untuk membuat ganache (topping); Panaskan krim putar dalam microwave selama 1 minit. Masukkan cincangan coklat CADBURY, mentega dan esen vanilla. Kacau hingga semua bahan sebati.
  7. Keluarkan kek dari peti sejuk, buang parchment paper. Tuang ganache tadi dan ratakan atas kek. Hias kek dengan CADBURY DAIRY MILK FRUIT & NUT yang di potong kasar.

Hidangan : 4-6 orang

Masa penyediaan (termasuk penyejukan) : 1 jam 35 minit

Masa memasak (ganache) : 10 minit

 

7. CORN FLAKES CRUNCHY COKLAT CADBURY 

Bahan-bahan:

300gram mentega

250gram tepung gandum

100gram KELLOGG’S® CORN FLAKES – ramas kasar

50gram cincangan badam

150gram gula perang

1 sudu teh esen vanilla

1 biji telur – gred A

2 bar (320gram) CADBURY DAIRY MILK HAZELNUTS – cincang kasar

Cara-cara:

  1. Di dalam mangkuk, pukul mentega bersama gula perang, telur dan esen vanilla menggunakan spatula kayu, kacau sebati.
  2. Masukkan tepung gandum yang telah diayak diikuti KELLOGG’S® CORN FLAKES, cincangan badam dan CADBURY DAIRY MILK HAZELNUTS  Gaul sebati.
  3. Ambil sedikit adunan tadi, bulat-bulatkan lalu golekkan atas lebihan corn flakes yang telah diramas kasar dan susun di dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega.
  4. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170-180°C selama 15-20 minit atau hingga biskut perang.  Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Hidangan  : 4-6 orang

Masa penyediaan : 15 minit

Masa memasak/membakar : 15-20 minit

 

8. SEMPERIT COKLAT CADBURY

Bahan-bahan:

250gram mentega

400gram tepung jagung

1 bar (160gram) CADBURY DAIRY MILK CHOCOLATE (PLAIN) – cairkan 

½ cawan susu pekat manis

3 sudu makan serbuk koko

2 sudu makan tepung kastard

½ sudu makan tepung beras

1 biji kuning telur – gred A

1 sudu teh esen vanilla

Manik gula – untuk hiasan

Cara-cara:

  1. Di dalam mangkuk pengadun, dengan menggunakan spatula, pukul mentega, susu pekat manis dan esen vanilla hingga sebati (jangan terlebih pukul).
  2. Masukkan CADBURY DAIRY MILK CHOCOLATE (PLAIN) yang telah dicairkan. Kacau sebati.
  3. Masukkan serbuk koko, tepung jagung, tepung kastard dan tepung beras yang kesemuanya telah diayak terlebih dahulu.  Gaul sebati.
  4. Terap doh mengikut acuan membentuk bunga dahlia. Hias dengan manik gula.
  5. Bakar doh di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160°C selama 20-25 minit.

Hidangan : 4-6 orang

Masa penyediaan : 30 minit

Masa memasak/membakar : 25 minit

Kuih Raya Dari Hati, bantu golongan memerlukan

Bersempena dengan bulan yang mulia ini Cadbury nak ajak korang bersama-sama buat kuih raya dan beramal dengan membantu golongan kurang bernasib baik.

  1. Guna resipi yang kami senaraikan atau lawati resipiraya.cadburyoreo.com.my  untuk lebih banyak resipi ringkas yang boleh dicuba.
  2. Muat naik hasil kuih raya korang ke laman sosial media dan gunakan tanda pagar #KuihRayaDariHati dan tag@Cadbury_MY (Tertakluk kepada paparan awam di Instagram sahaja, program akan tamat pada 12hb Mei 2021)
  3. Bagi setiap penyertaan, Cadbury bakal menghantar bungkusan khas untuk keluarga yang memerlukan. Setiap bungkusan mengandungi barang-barang keperluan asas, duit raya dan juga kuih raya Cadbury.

Haa senang kan? Korang buat kuih bersama keluarga tersayang tapi bakal ada keluarga lain juga yang dapat manfaatnya. So, jomlah guys kita buat kuih sambil beramal!

Kalau korang memerlukan maklumat lanjut mengenai kempen #KuihRayaDariHati, korang boleh ke laman Facebook rasmi Cadbury di SINI.