bihun goreng kampung

Bila berjauhan dengan ibu, pasti akan rindu masakannya. Lagi-lagi air tangan yang dimasak mak-mak kita untuk hidangan sarapan pagi seperti bihun goreng kampung yang memang ‘legend’ rasanya.

Resipi bihun goreng mudah dan sedap yang dikongsikan oleh Puan Adila Razak ini memang terbaik dan sedap, rasa sama seperti mak-mak kita sediakan. Jom cuba!

Resipi Bihun Goreng Kampung

Bahan-Bahan untuk ditumbuk:

  • 3 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 1 sudu besar ikan bilis

Bahan-bahan lain:

  • 1/2 bungkus bihun direndam hingga lembut & toskan
  • 1/2 labu bawang besar holland dihiris dadu
  • 10 ekor udang
  • Carrot dihiris (optional)
  • Kubis dihiris (optional)
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 4 tangkai cili merah biji dihiris

Bahan-bahan hias:

  • Daun bawang dihiris.
  • Bawang goreng

Cara-caranya:

1. Panaskan kuali dan tumis bawang besar holland. Kemudian masukkan pula bahan tumbuk dan sambung tumis.

2. Masukkan pula cili kisar & udang. Bila sudah pecah minyak masukkan sedikit air. Kacaukan hingga sebati kemudian sos tiram, sos ikan & sos tomato.

3. Perisakan terlebih dahulu & barulah dimasukkan bihun yang telah ditoskan. Kacau sebati kemudian masukkan pula sayur. Apabila bihun sudah kering dan masak bolehlah dimasukkan hirisan cili.

4. Tutup api dan sedia untuk dihidang bersama taburan bawang goreng dan daun bawang.

5. Siap!

Kredit: Adilah Razak

Baca juga: Resipi Bihun Soto Yang Mengiurkan, Sup Cukup Rasa Rempah. Wajib Menambah 2, 3 Kali!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN