Categories: Resipi

Resipi Kuih Lapis Lembut, Lengkap Dengan Tips Supaya Lapisan Cantik & Tak Hancur!

Ramai yang suka makan kuih tradisional, tapi tak semua berani cuba buat sendiri. Sebenarnya, resipi Kuih Lapis sangat mudah jika ikut sukatan dan cara yang betul.

Dulu-dulu, meja makan rasa tak lengkap tanpa sepotong Kuih Lapis. Lapisan warna merah jambu dan putih yang lembut apabila digigit, buat kita teringat zaman kanak-kanak.

Jika ikut resipi Kuih Lapis yang lengkap dengan teknik dan tips oleh Mizah Ngatiman di Facebook ini, kami yakin anda akan puas hati dengan hasilnya. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Kuih Lapis Thai, Punyalah Cantik Molek Sampai Sayang Nak Makan

RESIPI KUIH LAPIS

Bahan-bahan (loyang bulat 7 inci):

*Semua bahan ini perlu dikisar dan ditapis

Bahan tambahan:

  • 1 sudu besar pewarna sirap ros
  • Secubit garam

Cara-cara membuat bersama tipsnya:

1. Sukatan tepung.

Pastikan sukatan tepung dalam cawan tak terlalu padat. Jika padat, kuih akan jadi keras. Kisar semua bahan kecuali sirap dan garam, kemudian tapiskan.

2. Bahagi adunan.

Pisahkan kepada 2 bahagian sama rata.

  • Bahagian putih: campurkan dengan secubit garam (supaya lebih lemak).
  • Bahagian merah jambu: masukkan pewarna sirap ros.

3. Sapu minyak pada loyang.

Sapu minyak atau lapik plastik sekeliling loyang yang telah disapu minyak. Tujuannya supaya senang nak keluarkan kuih nanti.

4. Kukus lapisan demi lapisan.

  • Panaskan pengukus.
  • Ambil 2 senduk adunan putih, kukus 5 minit.
  • Selepas 5 minit, carikkan permukaan dengan garpu supaya lapisan melekat elok. Ulang proses setiap kali tambah lapisan baru.

5. Kukus terakhir.

Balut penutup kukus dengan kain supaya air tak menitik atas kuih. Setelah siap, biarkan sejuk semalaman di bawah tudung saji.

6. Keluarkan kuih.

Gunakan pisau plastik yang disapu minyak untuk sisip tepi kuih. Telangkupkan atas pinggan dan barulah potong. Siap untuk dihidang!

Nak hasil kuih lapis yang cantik, lembut dan kemas, kuncinya adalah sabar. Lapisan demi lapisan itu memang perlukan masa, tapi apabila sudah siap, hasilnya sangat berbaloi.

Selamat mencuba!

Sumber: Mizah Ngatiman

Baca juga: Cara Buat Kuih Lapis Pelangi Terang-Benderang, Ikut Langkah-Langkah Ini, Baru Jadi!

Aimi

Recent Posts

Tips Chili Oil Tahan Lama, 6 Bulan Masih Elok Walaupun Disimpan Pada Suhu Bilik!

Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar…

3 days ago

Resipi Kuetiau Hong Kong Dengan Kuah Pekat & Aneka Lauk, Buat Sendiri Di Rumah Lagi Puas!

Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…

3 days ago

Resipi Creamy Udon Pedas Ikut Tekak Melayu, Letak Pula Chili Oil Memang Puas Makan!

Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…

3 days ago

Serabai Istimewa Penang Kini Tersenarai Dalam MICHELIN Bib Gourmand 2027, Beroperasi Sejak 1975!

Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…

3 days ago

Resipi Ikan Bilis Sambal Goreng, Jangan Gaul Ketika Masih Panas Kalau Nak Kekal Rangup!

Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…

3 days ago

Kebaikan Kimchi Untuk Kesihatan, Rupanya Bukan Sekadar Untuk Lawas…Otak Pun Dapat Manfaat!

Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…

3 days ago