Categories: Resipi

Nak Turunkan Kolesterol Secara Semula Jadi, Cuba Jus Nanas Labu Siam, Kepala Pun Jarang Sakit Lagi!

Nak kawal kolesterol secara semula jadi, anda boleh cuba buat Jus Nanas Labu Siam. Jus ini bukan saja sedap diminum, tapi khasiatnya banyak untuk kesihatan dalaman.

Kolesterol tinggi merupakan antara masalah kesihatan yang tak ramai sedar. Tanda awal selalunya badan rasa cepat penat, mengantuk, pening dan malas nak bergerak. Jika dibiarkan, boleh jadi punca masalah jantung dan tekanan darah.

Perkongsian daripada Eychah MizzAishah di Facebook ini cukup menarik kerana beliau buatkan Jus Nanas Labu Siam ini untuk suaminya yang ada masalah kolesterol. Katanya selepas amalkan, badan rasa lebih ringan, kepala jarang sakit dan ada kesan detox yang bagus.

Baca juga: Bukan Sekadar Buah Saja Sedap, Rupanya Air Rebusan Daun Durian Belanda Ada 7 Khasiat Tersembunyi

RESIPI JUS NANAS LABU SIAM

Bahan-bahan:

  • Sebiji nenas (kupas bersih)
  • Sebiji labu siam (buang kulit dan potong kecil)
  • 1 hingga 2 cawan air masak (ikut kepekatan, untuk jus)

*Untuk smoothie, tak perlu tambah air.

Cara-cara membuat smoothie:

1. Kupas nanas dan potong kecil.

2. Kisar nanas perlahan-lahan tanpa air hingga jusnya keluar.

3. Masukkan labu siam yang sudah dipotong, teruskan kisar sampai sebati.

4. Siap untuk diminum, lebih sedap jika disejukkan dulu dalam peti ais.

Cara-cara membuat jus:

1. Masukkan nenas, labu siam dan air ke dalam blender.

2. Kisar sampai betul-betul halus.

3, Tapis jika mahu lebih lembut, atau boleh terus minum.

4. Simpan dalam peti sejuk, hidang sejuk-sejuk memang menyegarkan.

Cara minum:

1. Minum 1 cawan sebelum tidur atau 1 cawan sebelum sarapan (bagi yang tiada masalah gastrik).

2. Amalkan setiap hari sampai habis satu adunan jus.

3. Pastikan juga minum banyak air kosong untuk membantu menyingkirkan kolesterol dan lemak yang sudah dipecahkan dari badan.

*Peringatan: Jika ada masalah asam urat atau gout, sebaiknya rujuk doktor terlebih dahulu sebelum cuba amalkan.

Antara khasiat yang terkandung dalam Jus Nanas Labu Siam jika diamalkan secara konsisten:

  • Menurunkan kadar kolesterol dalam darah.
  • Membantu menurunkan berat badan.
  • Melancarkan penghadaman dan lawaskan buang air.
  • Membersihkan salur darah tersumbat.
  • Melegakan sakit kepala & badan terasa ringan.
  • Menyokong proses detoks secara semula jadi.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Eychah MizzAishah

Baca juga: Badan Cepat Lesu & Mengantuk? Cuba Petua Minum Air Asam Kunyit Ini

Aimi

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

4 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

4 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

4 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

5 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

5 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

8 hours ago