
Ramai yang suka makan kuih tradisional, tapi tak semua berani cuba buat sendiri. Sebenarnya, resipi Kuih Lapis sangat mudah jika ikut sukatan dan cara yang betul.
Dulu-dulu, meja makan rasa tak lengkap tanpa sepotong Kuih Lapis. Lapisan warna merah jambu dan putih yang lembut apabila digigit, buat kita teringat zaman kanak-kanak.
Jika ikut resipi Kuih Lapis yang lengkap dengan teknik dan tips oleh Mizah Ngatiman di Facebook ini, kami yakin anda akan puas hati dengan hasilnya. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Kuih Lapis Thai, Punyalah Cantik Molek Sampai Sayang Nak Makan
RESIPI KUIH LAPIS

Bahan-bahan (loyang bulat 7 inci):
- 2 cawan tepung beras
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu besar tepung jagung
- 6 cawan santan
- 1 cawan gula pasir
*Semua bahan ini perlu dikisar dan ditapis
Bahan tambahan:
- 1 sudu besar pewarna sirap ros
- Secubit garam
Cara-cara membuat bersama tipsnya:
1. Sukatan tepung.
Pastikan sukatan tepung dalam cawan tak terlalu padat. Jika padat, kuih akan jadi keras. Kisar semua bahan kecuali sirap dan garam, kemudian tapiskan.
2. Bahagi adunan.
Pisahkan kepada 2 bahagian sama rata.
- Bahagian putih: campurkan dengan secubit garam (supaya lebih lemak).
- Bahagian merah jambu: masukkan pewarna sirap ros.
3. Sapu minyak pada loyang.
Sapu minyak atau lapik plastik sekeliling loyang yang telah disapu minyak. Tujuannya supaya senang nak keluarkan kuih nanti.
4. Kukus lapisan demi lapisan.
- Panaskan pengukus.
- Ambil 2 senduk adunan putih, kukus 5 minit.
- Selepas 5 minit, carikkan permukaan dengan garpu supaya lapisan melekat elok. Ulang proses setiap kali tambah lapisan baru.
5. Kukus terakhir.
Balut penutup kukus dengan kain supaya air tak menitik atas kuih. Setelah siap, biarkan sejuk semalaman di bawah tudung saji.
6. Keluarkan kuih.
Gunakan pisau plastik yang disapu minyak untuk sisip tepi kuih. Telangkupkan atas pinggan dan barulah potong. Siap untuk dihidang!
Nak hasil kuih lapis yang cantik, lembut dan kemas, kuncinya adalah sabar. Lapisan demi lapisan itu memang perlukan masa, tapi apabila sudah siap, hasilnya sangat berbaloi.
Selamat mencuba!
Sumber: Mizah Ngatiman
Baca juga: Cara Buat Kuih Lapis Pelangi Terang-Benderang, Ikut Langkah-Langkah Ini, Baru Jadi!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














