resipi kek minyak resipi kek minyak resipi kek minyak

Mari cuba resipi Kek Minyak macam dalam drama Kampung People yang pernah popular ketika musim COVID dulu. Rupanya yang gebu dan lembut buat ramai orang terliur. Jadi apa kata anda buat sendiri.

Boleh guna resipi dekat bawah ini. Ikut saja langkah demi langkah, nanti pasti menjadi kek tersebut. Apa yang lebih memudahkan lagi adalah, anda tak perlu guna whisk, guna saja pengisar di dapur.

Baca juga: Kek Tornado Viral Guna Sukatan Cawan, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Tapi kalau ada pengisar lain, guna pengisar lain. Nanti terasa pedas pula kek yang anda buat. Ikuti resipi penuh dari perkongsian Siti Hajar Baba ini. Selamat mencuba. 


RESIPI KEK MINYAK ALA-ALA KAMOUNG PEOPLE

resipi kek minyak

Bahan-bahan:

  • Telur 4 biji gred A (kalau telur kecil, guna 5 biji)
  • Minyak 1 cawan
  • Gula pasir 1/2 cawan
  • Susu pekat 1/2 cawan

(Guna cawan yang sama untuk ketiga-tiga bahan)

  • Esen vanilla 1 penutup

*Kisarkan semua bahan di atas

  • Tepung gandum 2 cawan (Cawan yg sama utk 3 bahan tadi)
  • Baking powder 1 sudu kecil

*Campur bahan blend dgn tepung dan baking powder (Guna whisk/senduk nasi)

Cara-cara penyediaan:

  1. Gaul sebati semua bahan.
  2. Kalau nak buat macam kek marble lapis-lapiskan warna selang seli. Kalau nak biasa, guna pewarna hijau je.
  3. Kemudian sapu loyang dengan minyak masak 1 sudu besar.
  4. Tuangkan adunan ke dalam loyang.
  5. Bakar suhu 160° atas bawah selama 1 jam (40 minit atas bawah 20 minit terakhir bawah je). Atau ikut oven masing-masing.

resipi kek minyak


Selamat mencuba.

Sumber: Siti Hajar Baba

Baca juga: Tip Pilih Butter ASLI Untuk Kek Dan Biskut, Baru Menjadi & Lebih Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN