Categories: Resipi

Resipi Jeruk Buah Homemade, Rasa Masam Manis Pedas Buat Lagi Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Resipi jeruk buah homemade ini memang berbaloi dicuba, terutama kalau ada buah-buahan di rumah yang tidak habis dimakan. Daripada dibiarkan rosak, lebih baik olah menjadi jeruk yang menyegarkan dan boleh dinikmati bila-bila masa.

Menariknya, resipi ini tidak terhad kepada satu jenis buah sahaja. Anda boleh gunakan apa sahaja buah yang sesuai dijadikan jeruk seperti nanas, mangga, kedondong, jambu, sentul atau buah lain mengikut selera.

Rahsianya terletak pada kuah jeruk yang seimbang dengan rasa manis gula melaka, masam cuka, sedikit pedas cili padi serta sentuhan belacan yang menaikkan lagi rasa. Simpan dalam peti ais dan nikmati ketika sejuk-sejuk, memang susah nak berhenti makan.

Baca juga: Resipi Koktail Buah Peach Longan Creamy & Menyegarkan, Sejukkan Dulu Baru Lagi ‘Terangkat’!

RESIPI JERUK BUAH MASAM MANIS PEDAS

Bahan-bahan:

  • 1 ½ cawan air
  • 1 ketul besar gula nise/gula melaka (atau 2 ketul gula melaka bulat)
  • Gula pasir secukupnya (jika suka lebih manis)
  • 3 sudu besar cuka makan
  • 3 biji cili padi, diketuk (tambah jika suka pedas)
  • 1 sudu kecil garam
  • Sedikit belacan
  • 1 biji nanas atau buah sentul/setol (dipotong kecil atau dikelar) atau buah-buahan lain
  • Asam boi atau serbuk buah (jika suka, pilihan)

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan air, gula nise, cuka makan, garam, belacan dan cili padi ke dalam periuk.
  2. Masak menggunakan api sederhana sehingga gula larut sepenuhnya dan semua bahan sebati.
  3. Tutup api dan biarkan kuah jeruk sejuk atau suam sedikit.
  4. Masukkan potongan buah nanas atau sentul ke dalam kuah jeruk. Gaul rata supaya semua buah bersalut dengan kuah.
  5. Jika suka, boleh tambahkan asam boi atau sedikit serbuk buah untuk menambah rasa masam manis.
  6. Simpan jeruk buah di dalam bekas bertutup dan letakkan dalam peti ais selama beberapa jam sebelum dinikmati.
  7. Hidangkan ketika sejuk untuk rasa yang lebih segar dan rangup.

Tip: Lagi lama buah direndam dalam kuah jeruk, lagi sebati rasa masam, manis dan pedasnya. Pastikan simpan dalam bekas bersih serta bertutup supaya jeruk tahan lebih lama.

Sumber: Naura Nay Nel

Baca juga: Resepi Colek Buah Simple Guna Gula Melaka, Rasa Pedas Manis Padu Buat Ramai Ketagih

Wan N

Recent Posts

Tips Chili Oil Tahan Lama, 6 Bulan Masih Elok Walaupun Disimpan Pada Suhu Bilik!

Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar…

3 days ago

Resipi Kuetiau Hong Kong Dengan Kuah Pekat & Aneka Lauk, Buat Sendiri Di Rumah Lagi Puas!

Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…

3 days ago

Resipi Creamy Udon Pedas Ikut Tekak Melayu, Letak Pula Chili Oil Memang Puas Makan!

Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…

3 days ago

Serabai Istimewa Penang Kini Tersenarai Dalam MICHELIN Bib Gourmand 2027, Beroperasi Sejak 1975!

Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…

3 days ago

Resipi Ikan Bilis Sambal Goreng, Jangan Gaul Ketika Masih Panas Kalau Nak Kekal Rangup!

Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…

3 days ago

Kebaikan Kimchi Untuk Kesihatan, Rupanya Bukan Sekadar Untuk Lawas…Otak Pun Dapat Manfaat!

Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…

3 days ago