
Resipi jeruk buah homemade ini memang berbaloi dicuba, terutama kalau ada buah-buahan di rumah yang tidak habis dimakan. Daripada dibiarkan rosak, lebih baik olah menjadi jeruk yang menyegarkan dan boleh dinikmati bila-bila masa.
Menariknya, resipi ini tidak terhad kepada satu jenis buah sahaja. Anda boleh gunakan apa sahaja buah yang sesuai dijadikan jeruk seperti nanas, mangga, kedondong, jambu, sentul atau buah lain mengikut selera.
Rahsianya terletak pada kuah jeruk yang seimbang dengan rasa manis gula melaka, masam cuka, sedikit pedas cili padi serta sentuhan belacan yang menaikkan lagi rasa. Simpan dalam peti ais dan nikmati ketika sejuk-sejuk, memang susah nak berhenti makan.
Baca juga: Resipi Koktail Buah Peach Longan Creamy & Menyegarkan, Sejukkan Dulu Baru Lagi ‘Terangkat’!
RESIPI JERUK BUAH MASAM MANIS PEDAS

Bahan-bahan:
- 1 ½ cawan air
- 1 ketul besar gula nise/gula melaka (atau 2 ketul gula melaka bulat)
- Gula pasir secukupnya (jika suka lebih manis)
- 3 sudu besar cuka makan
- 3 biji cili padi, diketuk (tambah jika suka pedas)
- 1 sudu kecil garam
- Sedikit belacan
- 1 biji nanas atau buah sentul/setol (dipotong kecil atau dikelar) atau buah-buahan lain
- Asam boi atau serbuk buah (jika suka, pilihan)
Cara-cara penyediaan:
- Masukkan air, gula nise, cuka makan, garam, belacan dan cili padi ke dalam periuk.
- Masak menggunakan api sederhana sehingga gula larut sepenuhnya dan semua bahan sebati.
- Tutup api dan biarkan kuah jeruk sejuk atau suam sedikit.
- Masukkan potongan buah nanas atau sentul ke dalam kuah jeruk. Gaul rata supaya semua buah bersalut dengan kuah.
- Jika suka, boleh tambahkan asam boi atau sedikit serbuk buah untuk menambah rasa masam manis.
- Simpan jeruk buah di dalam bekas bertutup dan letakkan dalam peti ais selama beberapa jam sebelum dinikmati.
- Hidangkan ketika sejuk untuk rasa yang lebih segar dan rangup.
Tip: Lagi lama buah direndam dalam kuah jeruk, lagi sebati rasa masam, manis dan pedasnya. Pastikan simpan dalam bekas bersih serta bertutup supaya jeruk tahan lebih lama.
Sumber: Naura Nay Nel
Baca juga: Resepi Colek Buah Simple Guna Gula Melaka, Rasa Pedas Manis Padu Buat Ramai Ketagih
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














