
Masak nasi goreng kampung yang sedap sebenarnya tidak memerlukan bahan yang terlalu banyak. Apa yang penting ialah rencah ditumis sehingga garing, belacan cukup aromanya dan nasi yang digunakan berderai supaya setiap butir nasi bersalut sempurna dengan perencah.
Menerusi perkongsian Nor Farah Atika di Facebook, beliau berkongsi cara menyediakan nasi goreng kampung kegemarannya yang lengkap dengan belacan, ikan bilis rangup, kangkung segar dan telur mata. Hasilnya memang cukup menyelerakan, malah sesuai dijadikan menu sarapan, makan tengah hari atau makan malam.
Baca juga: Resepi Masak Hitam Daging Mamu Ini Pernah Raih Hampir 2 Juta Tontonan, Ramai Terus Simpan!
CARA MASAK NASI GORENG KAMPUNG SEDAP

Bahan-bahan:
- 2 hingga 3 pinggan nasi putih (sebaiknya nasi semalaman)
- Segenggam ikan bilis
- 1 ikat kangkung (asingkan batang dan daun)
- Isi ayam (dipotong kecil)
- 2 biji telur
- 4 hingga 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- Cili padi (ikut tahap kepedasan)
- Sedikit belacan
- Garam secukup rasa
- Serbuk perasa (jika suka)
- Minyak masak secukupnya
Cara-cara penyediaan:
1. Goreng ikan bilis sehingga garing, kemudian angkat dan ketepikan.
2. Tumbuk atau kisar kasar bawang merah, bawang putih, cili padi, sedikit ikan bilis dan belacan.
3. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan kisar sehingga benar-benar garing dan naik bau.
4. Masukkan isi ayam dan masak sehingga ayam masak sepenuhnya.
5. Pecahkan telur ke dalam kuali dan kacau sehingga hancur bersama rencah.
6. Masukkan nasi putih dan gaul rata menggunakan api sederhana selama kira-kira 5 minit.
7. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa mengikut cita rasa.
8. Masukkan batang kangkung terlebih dahulu dan gaul selama 1 hingga 2 minit.
9. Kemudian masukkan daun kangkung dan terus gaul sehingga layu.
10. Akhir sekali taburkan ikan bilis goreng, gaul sebentar dan tutup api.
11. Hidangkan bersama telur mata dan hirisan timun untuk menambahkan lagi keenakan nasi goreng kampung.
Tips Masak Nasi Goreng Kampung Lebih Sedap
- Gunakan nasi semalaman atau nasi yang telah disejukkan supaya teksturnya lebih berderai dan tidak lembik.
- Tumis bahan kisar sehingga betul-betul garing kerana inilah rahsia mendapatkan aroma belacan yang lebih wangi.
- Asingkan batang dan daun kangkung. Masukkan batang terlebih dahulu kerana ia mengambil masa lebih lama untuk lembut.
- Taburkan ikan bilis pada akhir proses memasak supaya kekal rangup ketika dihidangkan.
- Gunakan api sederhana ketika menggaul nasi supaya tidak mudah hancur dan semua bahan sebati.
- Jika gemarkan rasa lebih pedas, tambahkan cili padi mengikut tahap kepedasan yang diingini.
Selamat mencuba!
Sumber: Nor Farah Atika
Baca juga: Cara Buat Laksam Simple Homemade, Anak-Anak Berebut Makan Sampai Nak Tambah Lagi
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














