buah peach

Koktail buah peach longan ialah antara pencuci mulut yang cukup mudah disediakan tetapi rasanya memang menyegarkan. Gabungan buah peach yang lembut, buah longan yang manis serta kuah susu yang berkrim menjadikan hidangan ini sesuai dinikmati pada bila-bila masa, lebih-lebih lagi ketika cuaca panas.

Kalau ada tetamu datang secara mengejut atau sedang mencari idea pencuci mulut yang tidak renyah, resipi ini memang pilihan terbaik. Tak perlu banyak bahan dan tak sampai 15 minit pun dah boleh siap. Lagi sedap jika disejukkan terlebih dahulu sebelum dihidangkan.

Menariknya, satu teknik mudah dalam resipi ini ialah mengisar sebahagian buah pic supaya kuah menjadi lebih pekat, berkrim dan penuh dengan rasa buah. Hasilnya, setiap suapan memang terasa lebih sedap dan memuaskan.

Baca juga: Resipi Koktail Jelly Paling Senang, Gaul-Gaul Terus Siap! Sejuk Berkrim Hirup Memang Padu

RESIPI KOKTAIL BUAH PEACH LONGAN

buah peach

Bahan-bahan:

  • 1 tin buah pic
  • 1 tin susu cair
  • Susu pekat secukupnya
  • 1 tin buah longan

Cara-cara penyediaan:

  1. Tapiskan buah longan dan asingkan airnya. Simpan air tersebut kerana akan digunakan nanti.
  2. Ambil 2 biji buah pic, kemudian kisar bersama sedikit air sehingga halus.
  3. Hiris baki buah pic kepada saiz sederhana.
  4. Masukkan hirisan buah pic ke dalam bekas, kemudian tuangkan air daripada tin buah pic.
  5. Masukkan pula buah longan yang telah ditapis.
  6. Tuangkan 1 tin susu cair diikuti susu pekat mengikut tahap kemanisan yang diinginkan.
  7. Masukkan buah pic yang telah dikisar dan gaul sehingga semuanya sebati.
  8. Simpan di dalam peti sejuk selama beberapa jam sebelum dihidangkan supaya rasanya lebih segar dan berkrim. Sedia untuk dinikmati!

Sumber: Thread rain.ilias

Baca juga: Resipi Puding Koktail Kastard, Gabungan Bahan Yang Manis, Lembut & Sejuk Memang Menyegarkan

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN