
Kuih Lengkong Santan Gula Melaka semakin mendapat perhatian, terutama di media sosial kerana teksturnya yang lembut berlumut dan rasa lemak manis yang seimbang.
Bila digabungkan santan pekat, gula melaka asli dan telur, hasilnya memang berbeza, lebih berkrim, wangi dan tidak keras.
Resipi lengkong dikongsikan oleh Hajah Zainab Bt Mawan dan sesuai untuk hidangan minum petang, kenduri kecil atau sebagai idea jualan kuih tradisional yang laku keras.
Baca juga: Resepi Boko Ubi Kayu Gula Merah, Ini Rahsia Supaya Kepala Santan Pekat Dan Lembut!
RESIPI LENGKONG SANTAN GULA MELAKA

Bahan-bahan:
- 18 gram agar-agar tali
- 5 gelas air
Bahan-bahan gula:
- 1 gelas penuh gula melaka
- ½ gelas gula pasir
- 5 biji gula batu
Bahan-bahan berkrim:
- 1 gelas santan
- 2 biji telur gred B
- 1 gelas susu cair (boleh guna 2 gelas santan jika tidak mahu campur susu)
- 1 sudu kecil garam
- Sedikit pewarna coklat (pilihan)
Cara-cara penyediaan:
1. Masukkan agar-agar tali dan 5 gelas air ke dalam periuk. Masak hingga hancur sepenuhnya dan mendidih. Ketepikan.
2. Masukkan gula melaka, gula pasir dan gula batu ke dalam periuk. Masak hingga larut dan menjadi kira-kira 2 gelas air gula. Sejukkan sedikit dan tapis.
3. Dalam bekas besar, masukkan santan, susu cair, air gula melaka, garam dan telur. Kacau hingga sebati dan tapis untuk tekstur lebih licin.
4. Tuangkan campuran santan ke dalam periuk agar-agar. Masak atas api sederhana sambil dikacau hingga mendidih dan terbentuk ketulan halus berlumut.
5. Masukkan pewarna coklat jika suka. Tuang ke dalam acuan lompang atau loyang. Biarkan sejuk dan mengeras sepenuhnya.
Tips Supaya Lengkong Cantik & Tak Pecah
- Gunakan api sederhana, jangan terlalu kuat
- Kacau perlahan dan berterusan supaya telur tidak berketul besar
- Tapis campuran santan untuk hasil lebih halus
- Biarkan betul-betul sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan
Dengan resipi yang mudah dan hasil yang konsisten, tak hairanlah lengkong ini terus dicari dan dikongsi. Kalau anda mencari kuih yang ringkas tapi kena dengan tekak, Lengkong Santan Gula Melaka inilah jawapannya.
Selamat mencuba!
Sumber: Hajah Zainab Bt Mawan
Baca juga: Cara Buat Lengkong Kenduri Dulu-Dulu, Lembut Dan Cantik Berkilat Hasilnya
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














