Sesiapa saja yang berasal dari kampung pasti pernah merasai ikan masin sekali dalam seumur hidup. Terdapat resipi yang menggunakan ikan terubuk masin sebagai bahan utamanya.
Orang Malaysia memang gemar makan ikan masin dek kerana rasa masin dan rangup diselangi bau yang menjemput nafsu makan untuk segera menjamahnya.
Ikan terubuk masin merupakan makanan laut popular bagi masyarakat Melayu Sarawak khususnya yang tinggal di pesisiran pantai.
Perkongsian resipi daripada Sri Sal di Facebook ini pasti boleh membangkitkan selera anda yang menyukai menu dengan ikan masin.
Baca juga: Ikan Masin Kurau Masak Lemak Cili Api, Campur Nenas Lagi Sedap!
RESIPI IKAN TERUBUK MASIN MASAK SAMBAL CILI API
Bahan A:
- 1 ikan terubuk masin
- 1 cawan air asam jawa atau asam keping
- Bawang besar (dihiris)
- Cili besar merah (dihiris)
- Tomato (dibelah 4)
- Gula dan serbuk perasa
Bahan B:
Cara-cara:
1. Tumbuk kasar semua bahan B.
2. Ikan terubuk masin dipotong mengikut saiz yang kita nak. Kemudian rendam dalam setengah jam. Kalau nak kurang masin, kena rendam lama sedikit.
3. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ikan terubuk hingga masak. Ketepikan.
4. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk kasar tadi sehingga naik bau dan pecah minyak.
5. Masukkan air asam jawa. Kacau hingga rata.
6. Masukkan gula dan serbuk perasa secukup rasa. Tak perlu letak garam sebab ikan terubuk itu sudah masin.
7. Masukkan bawang besar yang dihiris, cili besar merah dan tomato. Masak sehingga layu sedikit.
8. Akhir sekali masukkan ikan terubuk goreng tadi. Gaul sehingga rata. Angkat dan siap untuk dihidang!
Mak-mak yang berselera kampung boleh gunakan resipi ikan terubuk masin ini sebagai hidangan seisi keluarga untuk makan tengah hari atau malam. Selamat mencuba!
Sumber: Sri Sal
Baca juga: Ikan Masin Duri Tumis Kering, Guna 3 Bahan Je Tapi Sangat Menyelerakan!