makaroni goreng

Makaroni goreng merupakan salah satu menu yang mudah untuk dimasak. Sesuai disajikan kepada tetamu yang berkunjung ke rumah atau untuk di bawa ke jamuan.

Resipi ini sedikit berbeza kerana tidak menggunakan minyak masak untuk menumis. Jadi, mahu guna apa untuk menggantikan minyak?

Jom baca resipi lengkap perkongsian oleh Puan Aisyah Humaira di bawah. Dijamin makaroni goreng lebih lazat dan cukup rasa dari biasa!

Baca juga: Resipi Mee Goreng Togel Ala Mak Cik Kantin Sekolah, Simple Tapi Sedap Yang Amat!

CARA BUAT MAKARONI GORENG

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus makaroni

Bahan perencah:

  • 1/2 cawan kecil Marjerin SERI PELANGI
  • 2 biji bawang holland dihiris dadu
  • 1 biji tomato saiz besar hiris kecil2
  • 3 sudu besar cili kisar/cili boh (atau ikut pedas disukai)
  • 4 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 tin sedang tomato puri
  • 1 mangkuk kecil isi ayam dihiris kecil
  • 1 peket hotdong dihiris
  • 2 bungkus kecil fishball dibelah dua
  • 3 kiub pati ayam
  • 1 sudu kecil penuh serbuk lada putih
  • 1 biji cupsicum merah dihiris dadu
  • 1 biji cupsicum hijau dihiris dadu
  • 1 biji cupsicum kuning dihiris dadu
  • Garam
  • Gula secukup rasa
  • Air secukupnya

Cara memasak:

1. Rebus makaroni dalam air mendidih dan masukkan 3 sudu besar minyak masak. Apabila makaroni hampir lembut, terus angkat, toskan dan lalukam di bawah air mengalir supaya tidak terlebih masak.

2. Panaskan kuali dan cairkan marjerin. Masukkan bawang, lalu tumis hingga layu. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga terbit bau.

3. Masukkan pula tomato dan tumis hingga tomato hancur. Masukkan sos tiram, sos cili, kiub pati ayam, garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati.

4. Masukkan isi ayam, hotdog, fishball dan biarkan ayam masak. Akhir sekali masukkan makaroni yang telah direbus, kacau hingga sebati.

5. Siap dan sedia dihidang. Selamat mencuba!

makaroni goreng

Kredit resipi dan gambar: Aisyah Humaira

Baca juga: Petua Masak Mi Goreng Agar Tak Serap Kuah & Jadi Kembang, Sehari Pun Masih Likat & Basah!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN