bingka roti

Setiap kali beli roti, susah betul nak habiskan satu bungkus tu. Kadang-kadang, roti terbuang begitu saja. Selepas ini jangan membazir lagi, roti tak habis boleh dibuat bingka roti.

Senang sangat cara penyediaan bingka roti ini, tak sampai setengah jam dah siap buat. Enak dimakan pada waktu petang bersama secawan teh panas.

Jom lihat resipi lengkap di bawah yang merupakan hasil perkongsian oleh Lana Marina. Semoga bermanfaat!

Resipi Bingka Roti Mudah

Bahan-bahan:

  • 6 keping roti putih
  • 2 cawan santan
  • 1 cawan susu segar full cream (boleh buat 3 cawan santan kalau tak nak letak susu)
  • 1/2 cawan gula pasir (kalau nak manis, lebihkan gula)
  • 1 sk garam
  • 1 sk esen vanilla
  • Tepung gandum 1 cawan
  • 2 biji telur

Cara-cara:

1. Dalam satu bekas, carikkan roti. Masukkan 2 cawan santan. Tekan menggunkan susu supaya roti terendam. Ketepikan.

2. Kisar 1 cawan santan/susu full cream bersama gula, garam, esen vanilla, telur dan tepung gandum. Tak perlu kisar lama sangat, cukup nak bagi sebati saja.

3. Tuangkan bahan kisar ke dalam bekas roti yang direndam tadi.

bingka roti

4. Kacau rata.

5. Ambil loyang, sapukan minyak dan alaskan dengan baking paper. Boleh sapu marjerin untuk gantikan minyak.

6. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Panaskan oven dahulu selama 10 minit. Kemudian baru masukkan loyang tadi dan bakar pada suhu 180 celcius selama 45 minit. Kalau suka rangup dan garing, bakar selama 1 jam menggunakan api atas bawah.

bingka roti

7. Bila dah siap bakar, sejukkan dahulu baru dipotong supaya mudah untuk dipotong dan tidak melekat.

Selamat mencuba!

bingka roti

Kredit: Lana Marina

Baca juga: Roti Asyik Tak Habis, Buat Roti Telur Berhantu Macam Ni Confirm Laku!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN