PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-12-09 04:35:58

Kari kambing merupakan makanan yang pastinya menjadi kegemaran ramai. Walaupun ada sesetengah orang tidak makan daging ini kerana pelbagai sebab, tetapi jika kena gaya dan ramuannya hidangan ini pasti memikat selera. Baru-baru ini viral tentang resipi Nasi Kari Kambing Viral yang cukup mudah kerana hanya menggunakan kari kambing dalam tin dari jenama Adabi yang memang dikenali kesedapannya.

 

Jadi tunggu apa lagi? Jom la cuba resepi Nasi Kari Kambing Viral yang dikongsikan oleh Amani Afiqah di kumpulan Resepi Pembuka Selera di Facebook. Selamat Mencuba!

 

 

Kredit: Amani Afiqah

 

Bahan-bahan:

  • 4 cawan beras basmathi 
  • 3 tin kari kambing adabi
  • 4 sekawan
  • 1 biji tomato
  • 2 biji bawang merah 
  • 1/2 susu cair
  • 4 ¹/2 cawan air
  • Maggi cukup rasa 
  • 1 sudu besar planta

 

 

Kredit: Amani Afiqah

 

Cara-cara: 

  1. Beras basuh dan rendam selama 15 minit.
  2. Panaskan planta kemudian tumiskan 4 sekawan
  3. Masukkan bawang hiris
  4. Tumis hingga naik bau
  5. Masukkan tomato
  6. Masukkan kari kambing adabi
  7. Biarkan sampai mendidih
  8. Masukkan 4 ¹/2 cawan air dan 1/2 cawan susu cair. Kacau dan tunggu mendidih sekejap
  9. Masukkan beras yang dah di rendam tadi
  10. Masak seperti biasa. Siap!

 

Kredit: Amani Afiqah

 

 

Tips:

  • Tambah maggi cukup rasa untuk bagi rasa nasi tu lagi sedap
  • Makan dengan acar timun lagi sedap

 

Kredit: Amani Afiqah

 

Kredit: Amani Afiqah

Selamat Mencuba