Categories: Resipi

Resipi Ikan Bawal Kicap Chinese Style Yang Garing & Beraroma, Dijamin Membuka Selera!

Siapa sangka Resipi Ikan Bawal Kicap Chinese Style rupa-rupanya sangat sedap dan mempunyai aroma yang cukup membangkitkan selera! Kalau sebelum ini kita biasa masak bawal goreng atau bawal sambal, kali ini apa kata kita cuba versi ala restoran cina pula.

Ramai yang ingat rasa masakan ini biasa-biasa saja, namun kombinasi minyak bijan, halia, dan sos tiram sebenarnya memberikan sentuhan rasa yang sangat istimewa. Sesuai sangat dihidangkan sebagai menu makan tengah hari atau makan malam.

Jom kita lihat cara penyediaan yang dikongsikan oleh seorang pengguna laman sosial Facebook, Eny Abdullah di bawah.

Baca juga: Resipi Ikan Cencaru Sumbat Sambal ‘Melimpah’, Makan Dengan Nasi Panas Memang Ngam

RESIPI IKAN BAWAL MASAK KICAP CHINESE STYLE

Bahan-bahan utama:

  • 2 ekor ikan bawal (saiz sederhana) – boleh dipotong 3 atau dibiarkan seekor
  • Lada putih (untuk perapan ikan)
  • 1 ketul besar halia (dihiris halus/julienne)
  • 7-8 ulas bawang putih (dihiris nipis)
  • 1 biji kecil bawang besar (dihiris nipis)
  • Daun bawang (dipotong memanjang untuk hiasan)
  • Cili merah (dihiris halus memanjang)
  • Minyak masak secukupnya

Bahan sos kicap (bancuhan):

  • 1 senduk kicap cair
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap pekat atau kicap biasa
  • 1 sudu besar lada sulah
  • 1 sudu besar minyak bijan (bahan wajib untuk aroma)
  • 1 sudu besar sos ikan (fish sauce)
  • 1 sudu kecil stok ayam atau serbuk cukup rasa
  • 2 sudu besar gula
  • Air secukupnya (untuk membancuh sos sehingga rasa seimbang)

Cara-cara penyediaan:

  1. Bersihkan ikan bawal dan lumurkan dengan sedikit garam dan lada putih. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga benar-benar garing. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
  2. Gunakan sedikit minyak (boleh gunakan baki minyak gorengan ikan tadi). Tumis bawang putih, halia, dan bawang besar sehingga naik bau dan berwarna sedikit keperangan. Pastikan halia garing sedikit supaya aromanya lebih kuat.
  3. Satukan semua bahan sos kicap di dalam mangkuk bersama air. Kacau rata sehingga gula larut. Tuangkan bancuhan ini ke dalam kuali bersama bahan tumisan tadi.
  4. Biarkan sos mendidih. Pastikan anda rasa dahulu untuk mendapatkan keseimbangan rasa manis dan masin. Jika kurang masin, boleh tambahkan sedikit lagi kicap cair. Jika terlalu pekat, tambahkan sedikit air.
  5. Setelah sos mencapai kepekatan yang diingini, anda boleh terus siramkan sos panas tersebut ke atas ikan bawal yang telah digoreng tadi. Akhir sekali, taburkan daun bawang dan cili merah sebagai hiasan.

Sumber: Resepi Eny Abdullah

Baca juga: Cara Masak Ikan Siakap Rebus Ala Kukus, Rasa Kuahnya Segar & Ringan Bila Dihirup

Wan N

Recent Posts

Rahsia Roti Lembut Sampai Berhari-Hari, Satu Doh Boleh Buat Pelbagai Jenis Roti!

Kalau sedang mencari resipi roti yang boleh dibuat untuk sarapan atau bekal anak ke sekolah,…

11 hours ago

Sardin Je Ada? Jangan Risau, Tukar Jadi Kari! Resipi Sardin Kari Ini Memang Buat Nasi Bertambah!

Resipi Sardin Kari sesuai untuk anda yang sudah tidak tahu nak makan apa. Kalau sardin…

13 hours ago

Resipi Kuih Cucur Topi, Hanya Guna 5 Bahan Untuk Hasil Rangup Di Tepi & Lembut Di Tengah

Kuih cucur topi antara kuih tradisional yang mungkin buat ramai teringat zaman kecil. Bentuknya yang…

14 hours ago

Resipi Ikan Temenung Masak Asam, Menu Kampung Yang Sedap Sampai Kuah Pun Licin!

Ikan temenung masak asam antara lauk kampung yang nampak ringkas, tetapi gabungan rasa masam, manis…

15 hours ago

Telur Dalam Peti Sejuk Dah Lama? Ini Cara Mudah Nak Tahu Masih Elok Atau Tidak

Pernah tak buka peti sejuk dan ternampak beberapa biji telur yang sudah lama dibeli? Tarikh…

16 hours ago

Cara Buat Tart Nenas Tanpa Telur, Rahsia Sedap Rupanya Terletak Pada Jenis Butter

Nak tahu cara buat tart nenas yang sedap, mudah diterap dan tidak menggunakan telur? Rupanya,…

16 hours ago