resipi ikan cencaru sumbat

Resipi ikan cencaru sumbat memang antara lauk kampung yang tak pernah jemu dimakan. Gabungan ikan goreng garing dengan sambal pedas berempah buatkan hidangan ini sentiasa jadi pilihan waktu tengah hari atau makan malam.

Menu ini sebenarnya sangat mudah disediakan dan tak perlukan bahan yang rumit. Asalkan sambal dimasak hingga pecah minyak, memang terus naik bau satu dapur.

Nak goreng boleh, nak bakar pun sedap. Paling penting, bila makan pula dengan nasi panas dan ulam, memang bertambah tanpa sedar! Jom lihat resipi lengkap di bawah jika ada yang ingin mencuba.

Baca juga: Resipi Ikan Siakap Masak Asam, Lauk Mudah Yang Buat Kecur Air Liur!

RESIPI IKAN CENCARU SUMBAT SAMBAL MELIMPAH

resipi ikan cencaru sumbat

Bahan-bahan:

  • Ikan cencaru (dikelar bahagian belakang, lumur dengan kunyit dan garam)
  • CIli kering (direbus hingga lembut)
  • Bawang besar (dipotong dadu)
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Daun cekur (dipotong halus)
  • Air asam jawa
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa secukupnya

Cara-cara penyediaan:

  1. Kisar cili kering bersama bawang merah dan bawang putih sehingga halus.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan naik bau.
  3. Masukkan air asam jawa, gula, garam dan serbuk perasa. Gaul rata dan masak hingga sambal pekat.
  4. Masukkan bawang besar dan daun cekur. Kacau sebentar sahaja supaya bawang masih sedikit rangup. Tutup api.
  5. Sumbat sambal ke dalam bahagian belakang ikan cencaru yang telah dikelar.
  6. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing dan masak sempurna.
  7. Setelah ikan masak, curahkan lebihan sambal di atas ikan sebelum dihidangkan.

Sumber: Nur Masri

Baca juga: Resipi Ikan Sambal Cili Padi, Rasa ‘Menyengat’ Sampai Makan Licin Ke Tulang

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN