ayam goreng belengas

Kalau dah tiada idea nak masak apa guna lauk ayam, apa kata jom cuba resipi ayam goreng belengas yang mudah ini.

Cara membuatnya juga sangat cepat, bahan pun ringkas dan yang paling penting, anak-anak mesti suka!

Jika ada yang ingin mencuba, mari lihat resipi penuh yang telah dikongsikan oleh Puan Aisyah Humaira di bawah.

Baca juga: Rahsia Masak Nasi Ayam Sedap Dari Bekas Peniaga, Confirm Tak Cari Resipi Lain!

CARA MASAK AYAM GORENG BELENGAS

ayam goreng belengas

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam (cuci bersih)
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan sos:

  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 biji bawang besar (dihiris)
  • 4–5 keping halia (dihiris nipis)
  • 7 sudu besar sos tiram
  • Sedikit air asam jawa
  • 1 sudu kecil serbuk pati ayam

Bahan sampingan:

  • Cili padi (ikut tahap pedas yang diingini)
  • Tomato (dihiris)

Cara-cara penyediaan:

  1. Gaul ayam bersama garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng hingga masak dan keperangan. Angkat dan ketepikan seketika.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga kekuningan dan naik bau wangi.
  3. Masukkan bawang besar, tumis sehingga layu dan naik bau.
  4. Tambahkan halia, sos tiram dan serbuk pati ayam. Kacau sebati.
  5. Masukkan ayam goreng, air asam jawa, tomato dan cili padi. Kacau rata sehingga semua bahan sebati.
  6. Hidangkan panas-panas. Sesuai dinikmati bersama nasi putih atau nasi minyak.

Sumber: Aisyah Humaira

Baca juga: Cara Buat Ayam Masak Kam Heong Pedas Rangup, Resipi Ringkas Tapi Aroma Menggoda

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN