
Bila tiba bulan Ramadan, ramai yang ingin menyediakan hidangan yang cepat dan mudah tetapi tetap sedap. Jika tiada idea apa yang hendak dimasak, cubalah resepi ikan siakap rebus ala kukus ini.
Hanya menggunakan beberapa bahan ringkas, hidangan ini boleh disediakan dengan mudah dan cepat. Rasanya segar dan ringan, sesuai dinikmati sup panas-panas yang menyelerakan. Jom cuba!
Baca juga: Resipi Ikan Siakap Masak Asam, Lauk Mudah Yang Buat Kecur Air Liur!
RESIPI IKAN SIAKAP REBUS ALA KUKUS

Bahan-bahan:
- 1 ekor ikan siakap (dibersihkan dan dipotong dua) – boleh masak seekor terus pun
- 4–5 keping halia (dihiris)
- 2 batang serai (diketuk)
- 3 batang serai (dihiris)
- 5–6 tangkai daun ketumbar (dihiris)
- 1 biji lemon (diperah) – boleh tambah jika suka lebih masam
- 7 biji jeruk kelubi (bersama sedikit airnya)
- 1 biji tomato (dipotong 7)
- 1 pek kecil cendawan enoki (dibersihkan)
- 3 sudu besar serbuk pati ayam atau 1 kiub pati ayam
- Sedikit garam dan gula (secukup rasa)
Cara-cara penyediaan:
- Sediakan air secukupnya mengikut jumlah kuah yang diingini. Didihkan air dalam kuali.
- Masukkan semua bahan kecuali ikan, tomato dan cendawan. Biarkan kuah mendidih dan sebati.
- Masukkan ikan dan sayur. Masak sekejap sehingga ikan masak sepenuhnya.
- Akhir sekali, tambah tomato dan cendawan enoki. Masak 1–2 minit sahaja supaya cendawan kekal rangup.
- Siap untuk dihidang! Sesuai dimakan panas-panas terus dari periuk atau boleh juga nikmati selepas sejuk.
Tips:
- Jangan masak cendawan terlalu lama supaya teksturnya kekal segar dan rangup.
- Kalau suka rasa lebih masam, boleh tambah lagi perahan lemon atau sedikit jeruk kelubi.
- Sesuai untuk santapan berbuka puasa atau makan tengah hari yang ringkas tapi sedap.
Sumber: Aisyah Humaira
Baca juga: Rahsia Buat Asam Rebus Ikan Kerisi Jadi Lagi Sedap, Masam Manis Pedas Cukup Rasa!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














