Categories: Resipi

Resipi Donut Ball Tanpa Yis & Tak Uli, Guna 2 Bahan Dah Boleh Dapat Kudapan Gebu & Sedap!

Resipi donut ball ini memang sesuai sangat untuk anda yang teringin makan donat tetapi tak nak renyah menguli doh atau menunggu proses mengembang. Hanya menggunakan dua bahan utama, anda dah boleh hasilkan donut ball yang lembut di dalam dan sedap dinikmati ketika masih panas.

Kalau sekarang ramai suka resipi yang cepat dan minimal bahan, inilah antara yang wajib dicuba. Tak sampai 15 minit pun dah boleh siap, sesuai dijadikan menu minum petang, kudapan anak-anak atau bila tiba-tiba mengidam makanan manis.

Walaupun rasanya lebih ringkas berbanding donat klasik yang menggunakan yis, donut ball ini akan jadi jauh lebih sedap apabila disalut dengan gula kastor, susu tepung, serbuk kayu manis atau dihias dengan drizzle coklat. Memang susah nak berhenti makan!

Baca juga: Rahsia Buat Pau Kukus Inti Coklat Gebu, Kulit Licin Cantik & Tak Kecut Selepas Dikukus

RESIPI DONUT BALL 2 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • ½ cawan susu segar (fresh milk) atau susu penuh krim (full cream milk)

Pilihan topping:

  • Gula kastor
  • Susu tepung
  • Serbuk kayu manis
  • Nutella atau sos coklat
  • Gula aising

Cara-cara penyediaan:

  1. Satukan tepung naik sendiri dan susu ke dalam mangkuk.
  2. Gaul sehingga menjadi adunan yang sebati. Teksturnya memang sedikit cair dan melekit.
  3. Panaskan minyak dengan api sederhana.
  4. Masukkan adunan ke dalam piping bag, kemudian potong hujungnya dan picit terus ke dalam minyak panas mengikut saiz yang diingini.
  5. Jika tiada piping bag, boleh juga menggunakan sudu, scoop aiskrim kecil atau teknik jemput menggunakan tangan.
  6. Goreng sehingga donut ball berwarna perang keemasan dan masak sekata.
  7. Angkat serta toskan minyak berlebihan.
  8. Ketika masih suam, salut dengan gula kastor, susu tepung atau topping kegemaran. Boleh juga drizzle dengan Nutella atau sos coklat sebelum dihidangkan.

Sumber: Thread

Baca juga: Resipi Roti Golok Kelantan Homemade, Lembut, Gebu & Manis Bermentega Macam Beli Di Kedai!

Wan N

Recent Posts

Seaweed Pasta Viral, Spaghetti Sos Rumpai Laut Dengan Udang Yang Ramai Nak Cuba!

Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…

11 hours ago

Resipi Spageti Aglio Olio Udang, Tambah Sayur Berwarna-Warni Baru Lebih Menyelerakan!

Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…

12 hours ago

Resipi Kek Coklat Moist Bakar, Tak Perlu Kukus Pun Tetap Lembap & Gebu!

Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…

14 hours ago

Pernah Bayangkan Wajah Anda Muncul Di Skrin Gergasi Kuala Lumpur? Big Tree Jadikannya Realiti!

Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…

15 hours ago

Agar Agar Cendol Santan Berlapis, Lemak Berkrim Dengan Manis Gula Melaka!

Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…

17 hours ago

Resipi Daging Masak Hitam Berempah, Perap Dengan Rempah Sangai Barulah Lagi Wangi!

Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…

18 hours ago