
Resipi donut ball ini memang sesuai sangat untuk anda yang teringin makan donat tetapi tak nak renyah menguli doh atau menunggu proses mengembang. Hanya menggunakan dua bahan utama, anda dah boleh hasilkan donut ball yang lembut di dalam dan sedap dinikmati ketika masih panas.
Kalau sekarang ramai suka resipi yang cepat dan minimal bahan, inilah antara yang wajib dicuba. Tak sampai 15 minit pun dah boleh siap, sesuai dijadikan menu minum petang, kudapan anak-anak atau bila tiba-tiba mengidam makanan manis.
Walaupun rasanya lebih ringkas berbanding donat klasik yang menggunakan yis, donut ball ini akan jadi jauh lebih sedap apabila disalut dengan gula kastor, susu tepung, serbuk kayu manis atau dihias dengan drizzle coklat. Memang susah nak berhenti makan!
Baca juga: Rahsia Buat Pau Kukus Inti Coklat Gebu, Kulit Licin Cantik & Tak Kecut Selepas Dikukus
RESIPI DONUT BALL 2 BAHAN

Bahan-bahan:
- 1 cawan tepung naik sendiri
- ½ cawan susu segar (fresh milk) atau susu penuh krim (full cream milk)
Pilihan topping:
- Gula kastor
- Susu tepung
- Serbuk kayu manis
- Nutella atau sos coklat
- Gula aising
Cara-cara penyediaan:
- Satukan tepung naik sendiri dan susu ke dalam mangkuk.
- Gaul sehingga menjadi adunan yang sebati. Teksturnya memang sedikit cair dan melekit.
- Panaskan minyak dengan api sederhana.
- Masukkan adunan ke dalam piping bag, kemudian potong hujungnya dan picit terus ke dalam minyak panas mengikut saiz yang diingini.
- Jika tiada piping bag, boleh juga menggunakan sudu, scoop aiskrim kecil atau teknik jemput menggunakan tangan.
- Goreng sehingga donut ball berwarna perang keemasan dan masak sekata.
- Angkat serta toskan minyak berlebihan.
- Ketika masih suam, salut dengan gula kastor, susu tepung atau topping kegemaran. Boleh juga drizzle dengan Nutella atau sos coklat sebelum dihidangkan.
Sumber: Thread
Baca juga: Resipi Roti Golok Kelantan Homemade, Lembut, Gebu & Manis Bermentega Macam Beli Di Kedai!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














