roti golok kelantan

Resipi roti golok Kelantan memang wajib cuba jika ke negeri itu. Teksturnya yang lembut, gebu dan cukup sedap dimakan bersama sapuan mentega serta taburan gula kastor. Walaupun nampak ringkas, keenakan roti tradisi ini memang sukar untuk ditolak, lebih-lebih lagi jika dinikmati ketika masih suam.

Roti golok cukup popular di negeri Kelantan dan sering dijadikan sarapan atau minum petang. Aroma roti yang baru keluar dari oven, ditambah pula dengan mentega yang cair di atas permukaannya, memang boleh buat sesiapa sahaja terliur. Tidak hairanlah ramai yang sanggup mencarinya di kedai-kedai roti tradisional.

Sebenarnya, anda tidak perlu ke Kelantan semata-mata untuk menikmatinya. Dengan sukatan yang mudah dan langkah penyediaan yang jelas, anda juga boleh menghasilkan roti golok yang lembut, gebu dan menjadi di rumah. Jom cuba resipi di bawah!

Baca juga: Resipi Roti Bun Burger Inti Ayam ‘Creamy’ Berkeju, Dari Menu Biasa Jadi Luar Biasa Sedapnya!

RESIPI ROTI GOLOK KELANTAN HOMEMADE

roti golok kelantan

Bahan A:

  • 1 cawan air suam
  • 1 paket yis segera
  • 4 sudu besar gula
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 biji telur atau kuning telur

Bahan B:

  • 4 cawan tepung roti atau tepung gandum (diayak)
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 2 sudu besar mentega atau marjerin
  • 1 sudu kecil pelembut roti
  • ½ sudu kecil garam halus

Bahan topping:

  • Mentega atau marjerin secukupnya
  • Gula kastor secukupnya

Cara-cara penyediaan:

  1. Satukan air suam, yis segera, gula dan susu pekat dalam satu bekas. Kacau sehingga sebati, kemudian biarkan beberapa minit sehingga yis berbuih dan mengembang.
  2. Dalam bekas berasingan, satukan tepung, susu tepung, mentega, pelembut roti dan garam. Ramas sehingga teksturnya menjadi seperti serbuk roti.
  3. Masukkan telur ke dalam bancuhan yis tadi dan kacau hingga sebati.
  4. Tuangkan bancuhan cecair ke dalam campuran tepung sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh.
  5. Teruskan menguli sehingga doh menjadi lembut, licin dan elastik.
  6. Bulatkan doh, kemudian sapukan sedikit minyak pada permukaannya supaya tidak kering.
  7. Tutup doh dan biarkan selama kira-kira 1 jam atau sehingga mengembang dua kali ganda.
  8. Selepas doh mengembang, tumbuk perlahan untuk mengeluarkan angin dan bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut saiz yang diingini.
  9. Bentukkan doh mengikut bentuk roti golok, kemudian susun di dalam loyang yang telah disapu sedikit mentega atau minyak.
  10. Biarkan doh mengembang sekali lagi selama lebih kurang 20 minit.
  11. Panaskan oven terlebih dahulu.
  12. Sapukan sedikit air pada permukaan doh sebelum dibakar.
  13. Bakar pada suhu 180°C selama 25 minit atau sehingga roti masak dan keperangan mengikut kesesuaian oven masing-masing.
  14. Setelah masak, biarkan roti sejuk seketika sebelum disapu mentega dan ditabur gula kastor.
  15. Sedia untuk dihidangkan. Lagi sedap jika dimakan ketika masih suam!

Sumber: Farisha Sofea

Baca juga: Cara Buat Roti Sosej Sira Sambal Yang Lembut & Gebu, Rasa Manis Pedas Memang Mantap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN